Suatu hari
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama
beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai
hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya.
Siapa yang melihat pasti
terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW
akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat
agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu merekabertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah
limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian
turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan
mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang
hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.
"Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya
di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.