Biodata AlMarhum Tuan Haji Syed Abdul Rahman Bin Syed Mohammad Benyahya AMP. (1923-1991)
Tempat lahir bandar Pekan, Pahang, tarikh lahir 8/8/1923.
Pendidikan.
Persekolahan awal di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan, Pahang. Selepas itu ke Kuliah Sultan Abu Bakar Pdg Polo, Pekan.
Melanjutkan pelajaran ke Singapura dan seterusnya mengajar di Madrasah Al Qadariah dan Madrasah Al Junit Singapura.
Melanjutkan pelajaran ke Hadhramaut Yaman, di Rubath Tarim (1950-1956)
Guru2 Mulia Hadratul Walid Di Singapura,
1. As-Shiekh Omar Ibn Abdullah Al-Khatib
2. Al-Habib Muhammad Ibn Salim Al-Attas
3. Al-Habib Abdullah Ibn Shiekh Bal-Faqih
Malaysia
1. Al-Habib Alwi Ibn Tohir Ibn Abdullah Al-Hadad
2. Al-habib Abu Bakar Ibn Abdullah Ibn Ali Al-Khered
3. Al-Habib Muhammad Ibn Abdullah Ibn Ali Al-Khered
2. As-Shiekh Ahmad Ibn Said Az-Zubaidi
Tahun 1951 melanjutkan pelajaran di Rubath Tarim, Hadhramaut, Yaman selama 5 tahun.
Diantara Guru2 yg Mulia yg pernah beliau berguru dan mendapat Ijazah daripada mrk, sprt terkandung dlm catatan Beliau,
Hadramaut Yaman
1. Al-Habib Hassan Ibn Abdulah ibn Umar As-Syatiri
2. Alhabib Abu Bakar Ibn Abdullah As-Siri
3. Al-Habib Alwi Ibn Abdulah Ibn Idrus BenSyihabb
4. Al-Habib Uthsman Ibn Ahmad Al-Masyhur
5. Al-Habib Muhammad Ibn Abdullah Al-Idus
6. Al-Fadhil Mahfuz Ibn Uthsman
7. Al-Habib Ali Ibn Abdul Rahman Al-Habsyi
8. Al-Habib Mustafa Ibn Ahmad Al-Muhdhar
9. Al-Habib Abdullah Ibn Umar As-Saqaf
10. Al-Habib Abdullah Ibn Abu Bakar Balfaqih
11. Al-Habib Abdullah Ibn Shiekh Al-Idrus
12. Al-Habib Muhamad Ibn Hadi Ibn Hassan As-Seqaf
13.Al-Habib Soleh Ibn Abdullah AliAgil
Pulang ke tanah air pada tahun (1956)
Kemudian mengajar di Sekolah Arab Keluang Johor (1956-1960) kemudian dilantik oleh Sultan Abu Bakar Pahang menjadi Qadhi di daerah Raub (1961-1971) kemudian dilantik oleh Sultan Haji Ahmad Shah sebagai Qadhi daerah Kuantan Pahang (1971-1976) dilantik sebagai Khadi Besar Pahang (1976-1982) Pencen pada tahun 1982 sehingga kembali ke Rahmatullah 1991.
Kitab yg pernah disusun /dikarang.
1. Qiraah mufidah (Buku mengenal huruf Al Quran dgn mudah.
2. Risalah Iktikad - Ahlis Sunnah Wa Jamaah
3. Peraturan Tahlil dan DOA di Maqam Di Raja Pekan.
4. Risalah Puasa Bulan Ramadhan
5. Kitab Ilmu Faraid (harta pusaka)
Pengiktirafan dan kurniaan
Dilantik oleh kerajaan Negeri sebagai guru agama di dalam Kapal Haji, kpd bakal2 haji ke Mekah pada tahun 1970.
Dikurniakan pingat AMP oleh KDYM Sultan Pahang pada tahun 1978.
Dilantik menjadi Hakim Tilawah membaca Al Quran diperingkat Negeri dan di peringkat Kebangsaan.
Keluarga.
Berkahwin pada tahun 1944 dengan Sharifah Fadlun binti Syed Abu Bakar Al Khered dan telah dikurniakan 8 org anak lelaki dan tiga org anak perempuan.
Kembali ke Rahmahtullah
Al Marhum kembali ke Rahmatullah pads hari sabtu, jam 12.30 tengahari 29 Jun 1991 di Rumah Al Marhum di H77 Lorong Karyawan 11, Taman Guru, Kuantan. Selamat di kebumikan jam 11.00 mlm di tanah perkuburan Islam Bukit Ubi Kuantan selepas diziarahai KDYM Sultan Pahang dan rombangan MUIP & JAIP selepas perasmian Masjid Tengku Ampuan Hafzan di Indera Makhkota.
No comments:
Post a Comment