Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal menyatakan bahawa kufu atau persamaan bukanlah sebagai syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan. Kufu hanya diambil kira dalam perkahwinan untuk mengelakkan keluarga perempuan daripada menerima suatu keaiban. Kufu adalah menjadi hak wali dan perempuan dan mereka berhak mengugurkan hak mereka.
Mazhab Syafie menyatakan setiap perempuan yang dikahwinkan oleh bapanya atau wali-wali lain yang setara dengan lelaki yang tidak kufu atas persetujuan perempuan, maka perkahwinan itu adalah sah, kerana kufu adalah hak mereka.
Manakala satu riwayat dari ImamAhmad pula menyatakan bahawa kufu adalah hak perempuan dan walinya. Jika berlaku perkahwinan tanpa mendapat persetujuan mereka yang berhak, maka mereka yang tidak bersetuju berhak memfasakhkan perkahwinan itu, berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ
(رواه الترمذي)
Maksudnya:
“ Jika datang kepada kamu orang yang kamu redhai akan agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia, kerana jika kamu tidak berbuat demikian, maka terjadilah satu fitnah dan kerosakkan di muka bumi ini ”.
Kufu bukanlah syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan, jika kufu sebagai syarat maka syarat tersebut diwajibkan ketika akad. Sedangkan akad tanpa kufu adalah sah, tetapi akad tanpa persetujuan mereka yang berhak sama ada lelaki atau perempuan adalah tidak sah. Oleh itu kufu bukanlah syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan dan kufu hanya diambil dalam perkahwinan untuk mengekalkan ikatan perkahwinan itu.
sabda Rasulullah s.a.w :
قال رسول الله صلى عليه وسلم لبريرة حين عتقت تحت عبد لوراجعتيه قالت رسول الله أتأمرنى قال أنا شفيع قالت فلا حاجة لى فيهز
(رواه البحارى)
Maksudnya :
”Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Barirah semasa beliau dimerdekakan, sedangkan suaminya masih lagi seorang hamba: Mahukah kamu kembali kepada (suami kamu)? Jawab Barirah : Adakah kamu perintahkan aku? Jawab Baginda : Aku hanya memberi cadangan. Jawab Barirah : Maka aku tidak perlu padanya (suami).”
Rasyid Ridha dalam tafsir al-Manar mengatakan, para ahli fiqih telah mengambil dalil dari ayat ini bahwa menghalangi pernikahan yang tidak sekufu bukanlah suatu yang haram, seperti menghalangi pernikahan seorang wanita yang mulia dalam suatu kaum dengan seorang lelaki hina yang akan membawa wanita tersebut ke dalam derajat yang rendah.
at Imam Zainudin bin Abdul ‘Aziz Al-Malibari dalam kitab Fath al-Muin:
الكفاءة وهي معتبرة في النكاح لا لصحته بل لأنها حق للمرأة والولي فلهما إسقاطها
Artinya: “Kafaah adalah sesuatu yang layak dipertimbangkan dalam pernikahan, tidak karena sahnya (pernikahan) melainkan karena kafaah merupakan hak bagi seorang perempuan dan wali. Maka bagi mereka berdualah penjatuhannya”
Diketahui bahwa kafaah merupakan sesuatu hal yang dianjurkan dan justru merupakan hak bagi seorang perempuan dan walinya.
1) Di dalam Mazhab Shafie’, kafaah di dalam nasab adalah wajib.
2) Imam Shafie mengatakan di dalam kitabnya Al-Um yang bermaksud: ” Dan bukan nikah yang tidak sekufu’ itu haram dan aku menolaknya,tetapi ia adalah suatu kekurangan pada yang ingin berkahwin itu dan juga wali2nya.Dan jika dia dan wali2nya tetap redha akan kekurangan itu maka aku tidak menolaknya.”
3) Berkata Ulama2 di dalam mazhab shafie’,walau pun imam shafie’ membolehkan demikian tapi hukumnya adalah makruh yang amat sangat.
4) Manakala jika perkahwinan itu tetap diteruskan tanpa ada redho,maka Imam Shafie’ sendiri dalam kitabnya Al-Um mengatakan nikahnya itu batil.
5) Di dalam kitab “Majmuk” Imam Nawawi, ada menyebutkan bahawa Mazhab Imam Ahmad ibnu Hanbal dan Mazhab Imam Sufyan Assauri perkahwinannya tetap tidak sah walaupun perempuan itu dan seluruh wali2nya Redho.
6) Alhabib Al’Allamah Alwi Bin Ahmad Alsaggoff di dalam kitabnya “Tarshiihul Mustafiidiin” ada mengatakan yang bermaksud secara ringkas: “bahawa Ulama’ dari keturunan Ba’alawi sejak dahulu lagi,telah berijtihad dan mengikut pendapat yang sama yang diijtihadkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal bahawa perlu mengi’tibarkan Redho seluruh keluarganya yang dekat dan yang jauh (Iaitu seluruh keturunan Rasulullah Yang ada sekarang) di dalam kafaah.”
7) Beliau menyebutkan lagi yang ringkasan maksudnya: “bahawa pada zaman Daulah ‘Uthmaaniyyah,mereka menyokong dan memperaktikkan hukum ini.Dan memerintahkan pemerintah Haramain (Makkah dan Madinah) ketika itu untuk memperaktikkan hukum itu juga.”
8) Alhabib Al’Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya “Bughyatul Mustarshidiin” yang ringkasannya bermaksud: ” Aku tidak melihat bolehnya seorang sharifah bernikah dengan yang bukan syed,walau pun perempuan itu dan wali2nya semua redho.”
9) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Walau pun ada diantara ulama’ yang membolehkannya,tetapi salaf Ba’alawi kita mempunyai ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya,maka serahkanlah sahaja pada mereka,kamu akan terselamat,atau jangan mengikut mereka,maka kamu akan rugi dan menyesal.
10) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Para salaf Ba’alawi kita diantara mereka orang yang Faqih,bahkan mujtahid dan wali2,bahkan Qutub2.Dan tak pernah aku dengar ada diantara mereka yang mengahwinikan anak perempuan mereka kepada bukan saadah.
11) Beliau menyebut pula kata2 Alhabib Al’allamah Abdullah Bin Umar Bin Yahya yang ringkasan maksudnya: “Yang diamalkan saadah Ba’alawi,selepas wujudnya kafaah di dalam nasab,mereka tidak hiraukan lagi kafaah pada yang lain lainnya seperti pekerjaan,ilmu,Solih atau tidak dan sebagainya,Kerana ada yang lebih penting dari itu iaitu kafaaah dalam nasab.
12) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya : ” Aku takut bagi mereka yang tidak mengikut pandangan salaf Ba’alawi maka dia akan jauh dari Allah.kerana mereka adalah ulama’ yang unggul,mereka tidak menolak pendapat ulama’ yang lain kecuali dengan sebab.Dengan pendapat mereka itulah diamalkan pemerintah kita di Hadhramout dari dulu hingga sekarang.
13) Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya “Almughni” Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal menerangkan yang maksudnya secara ringkas: ” Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal,jika si perempuan dan seluruh wali2nya setuju untuk berkahwin tanpa kafaah,tetap tidak sah nikahnya,dan ada juga pendapat di dalam Mazhab Imam Shafi’e yang mengatakan sedemikian”
ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil sekira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkawin atau tidak berkawin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengawinkan dirinya tanpa wali
Namun wali mujbirnya yaitu bapaknya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkawinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan
Contonya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapaknya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapaknya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkawin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahwa perkawinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkawinan ini.
Jelas di sini, bahwa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkawinan, bukannya syarat sah perkawinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkawinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkawin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengawinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengawinkan anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu.
I'anatut Tholibin, Juz : 3 Hal : 377-378
Al Fiqhul Manhaji, Juz : 4 Hal : 44
Al Mausu'ah Al Fiqhiyah Al Kuwaitiyah, Juz : 34 Hal : 267
تخيروا لنطفكم، وانكحوا الأكفاء، وانكحوا إليهم) السنن الكبرى للبيهقي (7/133)، وسنن ابن ماجة (2/477)، الدارقطني (3/299)، والحاكم (2/163)
ألا لا يزوّج النساء إلاّ الأولياء، ولا يزوّجن إلاّ من الأكفاء) رواه البيهقي (7/211) عن مبشر بن عبيد عن الحجاج بن أرطأة،
عن عمر رضي الله عنه أنه قال: (لأمنعنّ فروج ذوات الأحساب إلاّ من الأكفاء). وقد نقل مثل ذلك الفقيه المحدّث قاسم قطلوبغا عن ابن الهمام (فتح القدير 2/417). هذا الأثر عن عمر أخرجه البيهقي في سننه (7/215) والدارقطني في سننه (3/206)، وهو وإن وصل إلى درجة الحسن،
يا علي ثلاث لا تؤخرها: الصلاة إذا آذنت، والجنازة إذا حضرت، والأيم إذا وجدت كفؤاً) أخرجه البيهقي والحاكم وقال صحيح الإسناد. وأخرجه أيضاً ابن ماجة وابن حبّان والترمذي
الكفاءة في الزواج من حق الزوجة وأوليائها، وهي وإن لم تكن شرطاً في صحة النكاح، لكن مطلوبة ومقررة دفعاً للعار عن الزوجة وأوليائهما، وضماناً لاستقامة الحياة بين الزوجين، وذلك لأن أسلوب حياتهما، ونوع معيشتهما يكونان متقاربين، ومألوفين لهما، فلا يضطر أحدهما لتغيير مألوفة.
فللزوجة وأوليائها إسقاط حق الكفاءة، فلو زوَّجها وليها غير كفء برضاها صحّ الزواج، لأن الكفاءة حقها وحق الأولياء، فإن رضوا بإسقاطها، فلا اعتراض عليهم. ويشير إلى مراعاة الكفاءة، قول النبي - صلى الله عليه وسلم -: " تخيروا لنطفكم وانكحوا الأكفاءَ وانكحوا إليهم ".
رواه الحاكم (النكاح، باب: تخيروا لنطفكم .. ، رقم: 2/ 163) وصححه.
Mengenai perkataan ‘Umar bin al-Khatthab:
لَأَمْنَعُنَّ فُرُوْجَ ذَوَاتِ الأحْسَابِ إِلاَّمِنَ الأَكِفَّاءِ
“Aku melarang kemaluan wanita-wanitadari keturunan mulia, kecuali untuk lelaki yang setaraf dengannya.”
Perkataan ‘Umar ini bukan hadits. Apa yang dinyatakan ‘Umar ini merupakan pendapatnya, dan tidak bisa dijadikan sebagai dalil untuk mewajibkan kafa’ah, atau melarang pernikahan karena tidakkafa’ah.
Begitu juga pendapat Salman al-Farisi, sebagaimana yang dinukil oleh Ibn Qudamah:
بَلْ أَنْتَ تَقَدَّمْ فَإِنَّكُمْ مَعْشَرَ الْعَرَبِ لاَ يُتَقَدَّمُ عَلَيْكُمْ فِي صَلاَتِكُمْ وَلاَ تُنْكَحُ نِسَاؤُكُمْ إِنّ اللهَ فَضَّلَكُمْ عَلَيْنَا بِمُحَمَّدٍ صلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعَلَ فِيْكُمْ
“Anda [Jarir] yang harus maju. Kalian kalian, wahai orang-orang Arab, kalian tidak boleh dipimpin dalam shalat kalian [oleh non-Arab]. perempuan kalian juga tidak boleh dinikahi, sesungguhnya Allah memuliakan kalian atas kami karena Muhammad saw. Dia juga dijadikan di antara kalian.” [HR. al-Baihaqi]
No comments:
Post a Comment