Wednesday, 24 February 2016

Syurga di telapak kaki Ibu

Sedarlah dan ingatlah semasa ibu kita masih hidup sebelum datang rasa penyesalan yg tiada kesudahan....

Inikah balasan anak kpd ibunya yg sudah Tua...

Hayatilah seni kata ini..
Mudah2an dapat menginsafkan kita dan sedar diri tu dari kealpaan dan keegoan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan....

Kasihi lah ibu kita jgn biarkan hatinya hancur dek perbuatan kita.. apakah ini balasan kasih sayang terhadap ibu kita

Apakah perbuatan kita mencerminkan kegagalan ibu mendidik atau kita gagal dlm memahami dan mengasihi ibu.... yg telah mendidik kita dari kecil sehingga dewasa....

apakah ingin kita lihat ibu kita menangis setiap masa dgn feel buruk kita sesama adik beradik...

Fikirkan nanti petbuatan akan ditiru oleh anak2 kita terhadap kita!

Hayati seni kata lagu "Syurga di telapak kaki ibu"

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan....

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan

Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan....

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, 'Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubahnya
anak kecil.

Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.

'Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, 'Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu'.

Anak muda itu bertanya, 'Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?' Rasulullah Bersabda, 'engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan.

Di dunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.'

Dari Musa bin ‘Uqbah rahimahullahberkata, “Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Tholib tidak makan bersama ibunya padahal ia adalah orang yang paling berbakti kepada ibunya. Lalu, ditanyakan kepadanya tentang hal itu. Maka, ia menjawab, “Aku takut jika aku makan bersama ibuku lantas matanya memandang pada suatu makanan dan aku tidak tahu pandangannya tersebut, lalu aku memakan makanan yang dipandangnya itu. Maka aku telah durhaka kepadanya.”(Risalah bir was Shilah, Ibnul Jauzi)

Dari ‘Atha` bin Yasar dari Ibnu Abbas,“Bahwasanya ada seorang laki-laki menemuinya dan berkata, “Aku melamar seorang wanita dan ia menolak untuk menikah denganku. Lalu datang orang lain melamarnya, ia mau menikah dengannya.

Maka, aku pun cemburu dan aku bunuhwanita itu. Apakah aku masih bisa bertaubat?” Ibnu Abbas berkata, “Apakah ibumu masih hidup?” Laki-laki itu berkata,“Tidak”. Ibnu Abbas berkata, “Bertaubatlah engkau kepada Allah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah sekuat Engkau”. Lalu, pergilah orang itu dan aku pun (Atha` bin Yasar) bertanya kepada Ibnu Abbasmengapa ia menanyakan apakah ibu orang tersebut masih hidup.

” Ibnu Abbasberkata, “Aku tidak mengetahui ada suatu amalan yang lebih dekat kepada Allah daripada berbakti kepada ibu” (HR. Bukhari dalam  Al-Adab Al-Mufrod )

Disebutkan dalam sebuah hadits bahwasanya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin untuk mengambil seluruh hartaku”. Maka Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam berkata, “Engkau dan hartamu itu milik ayahmu.” (HR. Ibnu Majah).

Fikirlah betapa beruntungnya kita kerena kita masih ada ibu yang menyayangi kita dibandingkan dengan mereka yang sudah tiada ibu.

Jagalah ibu, terutama ibu yang sakit, kerana di situlah letaknya Syurga. Orang yang mempunyai ibu  yang tua tetapi tidak menjaga ibuya, tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Alangkah ruginya kalau kita termasuk dalam golongan itu. Oleh sebab itu jadikan, menjaga ibu sebagai satu aktiviti merapatkan hubungan keluarga.

Isteri akan lebih menghargai suami yang boleh menerima ibunya, terutama bagi ibu yang sudah tua dan sakit pula.

Ingatlah apa-apa yang kita sebagai ibu bapa lakukan, akan diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak kita.

Kedua orang tua itu adalah pintu surga yang paling tengah. Jika kalian mau memasukinya maka jagalah orang tua kalian. Jika kalian enggan memasukinya, silakan sia-siakan orang tua kalian” (HR. Tirmidzi, dia mengatakan, hadits inishahih)

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturahim”.  (Hadis Riwayat Ahmad)

Pernah seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW.; “Siapakah orang yang paling berhak untuk aku layaninya dengan baik?”.Jawab Nabi; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; “Selepas itu siapa?”. Nabi menjawab; “Ibumu”.Ia bertanya lagi; “Kemudian siapa?”. Nabi masih menjawab; “Ibumu”. Apabila ia bertanya kali keempat, barulah Nabi menjawab; “Bapamu”. (HR Imam Muslim dari AbuHurairah r.a.

Daripada Aisyah r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w bertanya, “Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Ya, bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir”.  (Hadis Riwayat Muslim)

Surah Luqman [31] : 14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Athi'u Allaha waathi'urRasul (Yang bermaksud) Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t. jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.

An usykur li walidaika (Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t. dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.

Penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi diatas)

Kpd yg masih ada ibu dan bapa yg sudah tua.....Asyraf Pahang..... jagalah mereka jgn menyesal di kemudian bila ibu dan bapa tiada lagi disisi kita

No comments:

Post a Comment