Monday, 12 June 2017

Fatwa bidaah ziarah kubut

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Ditulis oleh NadzirahDiterbitkan: 16 Julai 2015

 

 

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.

 

Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim

 

Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim

 

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."

Riwayat Ibn Majah

 

Di sini dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

 

Berkenaan dengan wanita pula, memang terdapat larangan menziarahi kubur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kubur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata “Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”   

 

Seterusnya, menziarahi kubur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

 

Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

Suruhan menziarahi kubur bersifat umumMenziarahi kubur dilakukan oleh ramaisalafus solehTidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

 

Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kubur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.

 

Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.

 

Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

 

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

 

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

 

Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Sunday, 4 June 2017

Nama2 kitab mengenal sahabat

أسد الغابة في معرفة الصحابة/ لعزالدين ابن الأثير/ تحقيق: محمد البنا وزملائه/ مطبعة دار الشعب.

الاستيعاب في معرفة الأصحاب / لابن عبدالبر النمري (ت463هـ)/ في حاشية »الإصابة« لابن حجر العسقلاني/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الإصابة في تمييز الصحابة / لأحمد بن علي بن حجر العسقلاني (ت852هـ)/ في حاشيته "الاستيعاب" لابن عبدالبر النمري/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الج

Tentang karkun

Karkun Tempatan: Jangan Jadi Asbab Fitnah!

Sedikit kekecohan berlaku di surau alfagir pagi ini,menyebabkan merasa terpanggil untuk menulis sedkit catatan nasihat ini,meskipun tidaklah layak diri ini untuk menasihati tuan tuan yang mulia yang telah banyak mengorbankan diri,masa,tenaga dan wang ringgit ke jalan Allah berbanding diri yang menulis ini.

Kekecohan tercetus apabila salah seorang karkun senior(jemaah luar) bertindak 'sound direct' kepada Imam sewaktu dzikir(wirid selepas solat),sebagai memprotes Imam kerana tidak ada sesi bayan pagi tadi,walhal Imam tidak tahu adanya bayan pagi kerana tidak ada karkun tempatan yang memaklumkan kepada imam.Dan kami pula di surau,jarang sekali tidak memberikan laluan kepada jamaah yabg keluar di tempat kami.Cuma kerana tidak ada makluman awal,maka Imam meneruskan rutin mengajak jemaah membaca Al-Ma'thurat.

Inilah yang alfagir hendak sentuh sedikit.Tentang bagaimana usaha dakwah yang baik terpalit fitnah kerana sikap sesetengah karkun tempatan yang tidak 'mesra alam' dengan qaryah Surau/Masjid di mohalla masing-masing.

Betapa tidak,waktu bayan samada bayan ghast atau bayan umum apabila ada jemaah yang bertandang,jemaah diminta tunggu dan dengar tapi ketika ada majlis ilmu atau pengajian yang diatur oleh pihak surau dan masjid,sangat sukar melihat kelibat sang karkun tempatan ( alfagir tidak kata semua berperangai begitu,segelintir sahaja,dan ini memang berlaku di tempat alfagir).

Justeru,sang karkun tempatan telah menjadikan dirinya seolah terpisah dari jemaah qaryah.Maka di sana persepsi buruk sudah mula terbentuk.

Apabila persepsi sudah terbentuk,secara tidak langsung,hubungan renggang antara jemaah qaryah dan karkun tempatan akan memberi kesan kepada jemaah luar yang datang ke tempatnya.

Ditambah parah lagi,karkun tempatan selaku istiqbal(penyambut tetamu) tidak berfungsi sebagai perantara antara AJK surau/masjid dengan jemaah,hingga natijahnya,pihak AJK tidak dimaklumkan tentang kehadiran jemaah,apa lagi hendak memberikan ruang pada jemaah untuk menyampaikan bayan.

Walhasil,AJK dan qaryah tempatan akan menjadi 'allergik' dengan 'Orang Tabligh' dan kehadiran jemaah akan dihadang.

Maka,ubahkanlah sikap.Sepatutnya dengan usaha dakwah yang kita jalani,mematangkan diri kita dalam bermasyarakat.Bukan sebaliknya.
Dan terkadang halangan,tohmahan atas jemaah bukanlah semata-mata kerana masyarakat tidak suka kepada kebaikan dalam dakwah,tapi kerana perbuatan dan sikap kita.

Renung-renungkan dan perbaikilah.Moga Allah terima usaha kita.

Akhukum fillah,
Hamba Allah yang hina dina di bawah telapak kaki penuntut ilmu,
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy