Sunday, 4 June 2017

Tentang karkun

Karkun Tempatan: Jangan Jadi Asbab Fitnah!

Sedikit kekecohan berlaku di surau alfagir pagi ini,menyebabkan merasa terpanggil untuk menulis sedkit catatan nasihat ini,meskipun tidaklah layak diri ini untuk menasihati tuan tuan yang mulia yang telah banyak mengorbankan diri,masa,tenaga dan wang ringgit ke jalan Allah berbanding diri yang menulis ini.

Kekecohan tercetus apabila salah seorang karkun senior(jemaah luar) bertindak 'sound direct' kepada Imam sewaktu dzikir(wirid selepas solat),sebagai memprotes Imam kerana tidak ada sesi bayan pagi tadi,walhal Imam tidak tahu adanya bayan pagi kerana tidak ada karkun tempatan yang memaklumkan kepada imam.Dan kami pula di surau,jarang sekali tidak memberikan laluan kepada jamaah yabg keluar di tempat kami.Cuma kerana tidak ada makluman awal,maka Imam meneruskan rutin mengajak jemaah membaca Al-Ma'thurat.

Inilah yang alfagir hendak sentuh sedikit.Tentang bagaimana usaha dakwah yang baik terpalit fitnah kerana sikap sesetengah karkun tempatan yang tidak 'mesra alam' dengan qaryah Surau/Masjid di mohalla masing-masing.

Betapa tidak,waktu bayan samada bayan ghast atau bayan umum apabila ada jemaah yang bertandang,jemaah diminta tunggu dan dengar tapi ketika ada majlis ilmu atau pengajian yang diatur oleh pihak surau dan masjid,sangat sukar melihat kelibat sang karkun tempatan ( alfagir tidak kata semua berperangai begitu,segelintir sahaja,dan ini memang berlaku di tempat alfagir).

Justeru,sang karkun tempatan telah menjadikan dirinya seolah terpisah dari jemaah qaryah.Maka di sana persepsi buruk sudah mula terbentuk.

Apabila persepsi sudah terbentuk,secara tidak langsung,hubungan renggang antara jemaah qaryah dan karkun tempatan akan memberi kesan kepada jemaah luar yang datang ke tempatnya.

Ditambah parah lagi,karkun tempatan selaku istiqbal(penyambut tetamu) tidak berfungsi sebagai perantara antara AJK surau/masjid dengan jemaah,hingga natijahnya,pihak AJK tidak dimaklumkan tentang kehadiran jemaah,apa lagi hendak memberikan ruang pada jemaah untuk menyampaikan bayan.

Walhasil,AJK dan qaryah tempatan akan menjadi 'allergik' dengan 'Orang Tabligh' dan kehadiran jemaah akan dihadang.

Maka,ubahkanlah sikap.Sepatutnya dengan usaha dakwah yang kita jalani,mematangkan diri kita dalam bermasyarakat.Bukan sebaliknya.
Dan terkadang halangan,tohmahan atas jemaah bukanlah semata-mata kerana masyarakat tidak suka kepada kebaikan dalam dakwah,tapi kerana perbuatan dan sikap kita.

Renung-renungkan dan perbaikilah.Moga Allah terima usaha kita.

Akhukum fillah,
Hamba Allah yang hina dina di bawah telapak kaki penuntut ilmu,
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

No comments:

Post a Comment