Monday, 12 June 2017

Fatwa bidaah ziarah kubut

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Ditulis oleh NadzirahDiterbitkan: 16 Julai 2015

 

 

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.

 

Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim

 

Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim

 

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."

Riwayat Ibn Majah

 

Di sini dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

 

Berkenaan dengan wanita pula, memang terdapat larangan menziarahi kubur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kubur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata “Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”   

 

Seterusnya, menziarahi kubur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

 

Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

Suruhan menziarahi kubur bersifat umumMenziarahi kubur dilakukan oleh ramaisalafus solehTidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

 

Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kubur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.

 

Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.

 

Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

 

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

 

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

 

Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Sunday, 4 June 2017

Nama2 kitab mengenal sahabat

أسد الغابة في معرفة الصحابة/ لعزالدين ابن الأثير/ تحقيق: محمد البنا وزملائه/ مطبعة دار الشعب.

الاستيعاب في معرفة الأصحاب / لابن عبدالبر النمري (ت463هـ)/ في حاشية »الإصابة« لابن حجر العسقلاني/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الإصابة في تمييز الصحابة / لأحمد بن علي بن حجر العسقلاني (ت852هـ)/ في حاشيته "الاستيعاب" لابن عبدالبر النمري/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الج

Tentang karkun

Karkun Tempatan: Jangan Jadi Asbab Fitnah!

Sedikit kekecohan berlaku di surau alfagir pagi ini,menyebabkan merasa terpanggil untuk menulis sedkit catatan nasihat ini,meskipun tidaklah layak diri ini untuk menasihati tuan tuan yang mulia yang telah banyak mengorbankan diri,masa,tenaga dan wang ringgit ke jalan Allah berbanding diri yang menulis ini.

Kekecohan tercetus apabila salah seorang karkun senior(jemaah luar) bertindak 'sound direct' kepada Imam sewaktu dzikir(wirid selepas solat),sebagai memprotes Imam kerana tidak ada sesi bayan pagi tadi,walhal Imam tidak tahu adanya bayan pagi kerana tidak ada karkun tempatan yang memaklumkan kepada imam.Dan kami pula di surau,jarang sekali tidak memberikan laluan kepada jamaah yabg keluar di tempat kami.Cuma kerana tidak ada makluman awal,maka Imam meneruskan rutin mengajak jemaah membaca Al-Ma'thurat.

Inilah yang alfagir hendak sentuh sedikit.Tentang bagaimana usaha dakwah yang baik terpalit fitnah kerana sikap sesetengah karkun tempatan yang tidak 'mesra alam' dengan qaryah Surau/Masjid di mohalla masing-masing.

Betapa tidak,waktu bayan samada bayan ghast atau bayan umum apabila ada jemaah yang bertandang,jemaah diminta tunggu dan dengar tapi ketika ada majlis ilmu atau pengajian yang diatur oleh pihak surau dan masjid,sangat sukar melihat kelibat sang karkun tempatan ( alfagir tidak kata semua berperangai begitu,segelintir sahaja,dan ini memang berlaku di tempat alfagir).

Justeru,sang karkun tempatan telah menjadikan dirinya seolah terpisah dari jemaah qaryah.Maka di sana persepsi buruk sudah mula terbentuk.

Apabila persepsi sudah terbentuk,secara tidak langsung,hubungan renggang antara jemaah qaryah dan karkun tempatan akan memberi kesan kepada jemaah luar yang datang ke tempatnya.

Ditambah parah lagi,karkun tempatan selaku istiqbal(penyambut tetamu) tidak berfungsi sebagai perantara antara AJK surau/masjid dengan jemaah,hingga natijahnya,pihak AJK tidak dimaklumkan tentang kehadiran jemaah,apa lagi hendak memberikan ruang pada jemaah untuk menyampaikan bayan.

Walhasil,AJK dan qaryah tempatan akan menjadi 'allergik' dengan 'Orang Tabligh' dan kehadiran jemaah akan dihadang.

Maka,ubahkanlah sikap.Sepatutnya dengan usaha dakwah yang kita jalani,mematangkan diri kita dalam bermasyarakat.Bukan sebaliknya.
Dan terkadang halangan,tohmahan atas jemaah bukanlah semata-mata kerana masyarakat tidak suka kepada kebaikan dalam dakwah,tapi kerana perbuatan dan sikap kita.

Renung-renungkan dan perbaikilah.Moga Allah terima usaha kita.

Akhukum fillah,
Hamba Allah yang hina dina di bawah telapak kaki penuntut ilmu,
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

Thursday, 11 May 2017

Sayyidah Khadijah At Tohirah Al Kubra

وفي الصحيحين من حديث عائشة- رضي الله عنهما - قالت: اسْتَأْذَنَتْ هَالَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ أُخْتُ خَدِيجَةَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَعَرَفَ اسْتِئْذَانَ خَدِيجَةَ فَارْتَاعَ، فَقَالَ: "اللَّهُمَّ هَالَةَ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ"، فَغِرْتُ فَقُلْتُ: مَا تَذْكُرُ مِنْ عَجُوزٍ مِنْ عَجَائِزِ قُرَيْشٍ حَمْرَاءَ الشِّدْقَيْنِ[10]، هَلَكَتْ فِي الدَّهْرِ، فأَبْدَلَكَ اللَّهُ خَيْرًا مِنْهَا[11]. وفي رواية: "مَا أَبدَلَنِي اللهُ خَيراً مِنهَا، قَد آمَنَت بِي إِذ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتنِي إِذ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتنِي بِمَالِهَا إِذ حَرَمَنِي النَّاسُ، وَرَزَقَنِي اللهُ وَلَدَهَا إِذ حَرَمَنِي أَولَادُ النِّسَاءِ"[12].

Hadis Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya? :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118]

روى البخاري ومسلم في صحيحيهما من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: أَتَى جِبرِيلُ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ: "يَا رَسُول الله: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ، مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنْ رَبِّهَا، وَمِنِّي، وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ"[2]. والقصب: لؤلؤ مجوف واسع كالقصر المنيف، والصخب: اختلاط الأصوات، والنصب: التعب.

وكانت- رضي الله عنهما - من أفضل نساء الأمة، روى البخاري ومسلم في صحيحيهما من حديث عبدالله بن جعفر- رضي الله عنه - قال: سمعت علياً بالكوفة وهو يقول: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: " خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ" صحيح مسلم

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah rha. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah rha. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah rha. mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."
( HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118)

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah ra., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." (Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539)

Rasulullah SAW bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118]

Dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.” (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari)

Wednesday, 5 April 2017

Ciri2 wahhabi

CIRI-CIRI WAHABI YANG WAJIB KITA TENTANG

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية:

- Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.
- Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.
- Membahagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wa sifat.
- Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).
- Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.
- Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.
- Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.
- Menolak amalan baca yaasiin beramai-ramai pada malam jumaat di masjid.
- Menolak amalan solat terawih 20 raka'at di masjid.
- Menolak amalan baca yaasiin 3 kali pada malam nisfu Sya'ban.
- Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.
- Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.
- Menolak tahlil dan kenduri arwah.
- Menolak bacaan berzanji dan marhaban.
- Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.
- Menolak sambutan maulidur rasul.
- Menolak amalan ziarah makam nabi.
- Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh menggunakan pembesar suara.
- Mengatakan tiada solat qabliah jumaat.
- Menolak amalan membaca text ketika khutbah.
- Menolak tasawuf dan tarikat.
- Menolak MAZHAB.
- Mengatakan bid'ah tiada yang hasanah, semua bid'ah adalah sesat.
- Menolak beramal dengan hadis daif.
- Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.
- Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi saw.
- Menolak amalan isthtighathah.
- Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.
- Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.
- Menolak Sifat Dua Puluh.

AQIDAH
1. Membagi Tauhid menjadi 3 bagian yaitu:
(a). Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
(b). Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama‟ Islam khasnya ulama‟ empat Imam madzhab.
(c.) Tauhid Asma’ dan Sifat: Tauhid versi mereka ini bisa menjerumuskan umat islam ke lembah tashbih dan tajsim kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala seperti:
-Menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam/bersila
-Merterjemahkan yad sebagai tangan
Menterjemahkan wajh sebagai muka
-Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ulya)
-Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
-Menterjemah nuzul sebagai turun dengan dzat
-Menterjemah saq sebagai betis
-Menterjemah ashabi’ sebagai jari-jari, dll
-Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai “surah” atau rupa
-Menambah bi dzatihi haqiqatan [dengan dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
2. Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zhahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang mu’tabar
3. Menolak asy-Sya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara Aqidah yang diikuti mayoritas umat islam
4. Sering mengkrititik asy-Sya’irah bahkan sehingga mengkafirkan asy-Sya’irah.
5. Menyamakan asy-Sya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutashabihat.
6. Menolak dan menganggap tauhid sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.
7. Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
8. Golongan mereka ini dikenal sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-
Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah.
9. Sering menuduh bahwa Abu Hasan Al-Asy’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab asy-Sya’irah. Menuduh ulama’ asy-Sya’irah tidak betul-betul memahami faham Abu Hasan Al-Asy’ari.
10. Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat.
11. Sering menuduh bahwa mayoritas umat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik.
12. Menuduh bahwa amalan memuliakan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.
13. Tidak mengambil pelajaran sejarah para anbiya’, ulama’ dan sholihin dengan
dalih menghindari syirik.
14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang sebagai pelaku syirik.
15. Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta sholihin.
16. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang syirik.
17. Memandang remeh karamah para wali [auliya’].
18. Menyatakan bahwa ibu bapa dan datuk Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam tidak selamat dari adzab api neraka.
19. Mengharamkan mengucap “radhiallahu ‘anha” untuk ibu Rosulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam, Sayyidatuna Aminah.

SIKAP
1. Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka.
2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadits (walaupun tidak layak).
4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadits yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal).

HADITS
1. Menolak beramal dengan hadis dho’if.
2. Penilaian hadits yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadits yang lain.
3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak
mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadits.
[Bahkan mayoritas muslim mengetahui bahwa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadits dan diketahui bahawa beliau belajar hadits secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4. Sering menganggap hadits dho’if sebagai hadits mawdhu’ [mereka mengumpulkan hadits dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadits tersebut adalah sama]
5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadits, dan bukan pada makna hadits. Oleh karena itu, pebedaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.

QUR’AN
1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (Sebagian Wahabi indonesia yang jahil)

FIQH
1. Menolak mengikuti madzhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya
mereka bermadzhab “TANPA MADZHAB”
2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram
3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’
4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah
5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah Bid’ah
7. Sering menuduh orang yang bermadzhab sebagai ta’assub [fanatik] mazhab
8. Salah faham makna bid‟ah yang menyebabkan mereka mudah membid‟ahkan orang lain
9. Mempromosikan madzhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas keluar daripada fiqh empat mazhab]
10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”
11. Sering mengatakan bahwa fiqh empat madzhab telah ketinggalan zaman

NAJIS
1. Sebagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah
2. Menyatakan bahwa bulu babi itu tidak najis karena tidak ada darah yang mengalir.

WUDHU’
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

ADZAN
1. Adzan Juma’at sekali; adzan kedua ditolak

SHALAT
1. Mempromosikan “Sifat Shalat Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam‟, dengan alasan kononnya shalat berdasarkan fiqh madzhab adalah bukan sifat shalat Nabi yang benar
2. Menganggap melafazhkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.
3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.
4. Tidak membaca “Basmalah‟ secara jahar.
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada.
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam.
7. Menganggap perbedaan antara lelaki dan perempuan dalam shalat sebagai perkara bid‟ah (sebagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah.
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.
10. Menganggap mengusap muka selepas shalat sebagai bid’ah.
11. Shalat tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan shalat tarawih itu
sebenarnya adalah shalat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya
12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat shalat tarawih dianggap bid’ah.
13. Tidak ada qadha’ bagi shalat yang sengaja ditinggalkan.
14. Menganggap amalan bersalaman selepas shalat adalah bid’ah.
15. Menggangap lafazh sayyidina (taswid) dalam shalat sebagai bid’ah.
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.
17. Boleh jama’ dan qashar walaupun kurang dari dua marhalah.
18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.
19. Menolak shalat sunnat qabliyyah sebelum Juma’at
20. Menjama’ shalat sepanjang semester pengajian, karena mereka berada di landasan Fisabilillah

DO’A, DZIKIR DAN BACAAN AL-QUR’AN
1. Menggangap do’a berjama’ah selepas shalat sebagai bid’ah.
2. Menganggap dzikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.
3. Mengatakan bahwa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan al-Qur’an adalah Bid’ah.
4. Menyatakan bahwa do’a, dzikir dan shalawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan Hadits sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Shalawat al-Syifa‟, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jum’at sebagai bid’ah yang haram.
6. Mengatakan bahwa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.
9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.
10. Menolak dzikir isim mufrad: Allah Allah.
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.
12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban.
13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.
15. Mempermasalahkan kedudukan shalat sunat tasbih.

PENGURUSAN JENAZAH DAN KUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan sholihin sebagai bid’ah dan shalat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini.
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.
5. Tidak membaca do’a selepas shalat jenazah.
6. Sebagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Do’a dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.

MUNAKAHAT [PERNIKAHAN]
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan kristen bagi Nabi Isa as.
2. Menolak amalan marhaban para habaib
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah
5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll.

HAJI DAN UMRAH
1. Mencoba untuk memindahkan “Maqam Ibrahim as.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam
3. Mengubah tempat sa’i di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustadz-ustadz‟ mereka (di Indonesia)
2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani
b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
c. Muhammad bin Abdul Wahhab
d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin
g. Sheikh Sholeh al-Fawzan
h. Adz-Dzahabi dll.
3. Sering mendakwahkan untuk kembali kepada al-Qura’an dan Hadits (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Qura’n dan Hadits sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ juga lah yang memelihara dan menjabarkan kandungan al-Qur’an dan Hadits untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumuddin”

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersekutu dengan Inggris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama’ yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Banyak ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di timur tengah
4. Memusnahkan sebagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakar dll, dengan hujjah tempat tersebut bisa membawa kepada syirik.
5. Di Indonesia, sebagian mereka dalu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [karena hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].

TASAWWUF DAN THARIQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membedakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat.

Inilah kejahatan dan kesesatan aliran Salafi Wahabi yakni ajaran yang dibawakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi :

1. Allah bersemayam di atas ‘arsy seperti akidahnya kaum Yahudi.
2. Golongan yang beriman kepada setengah ayat Al-Qur’an dan kafir dengan setengah ayat Al-Quran yang lain.
3. Golongan yang menolak Takwil pada setengah ayat, dan membolehkan Takwil pada setengah ayat yang lain berdasarkan mengikuti hawa nafsu mereka.
4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.
5. Golongan yang menyatakan bahwa Alam ini Qidam/Maha Dahulu (Rujuk pandangan ibn Taimiyyah).
6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari dan para pengikutnya.
7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.
8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawazwi dan Seluruh Ulama Islam yang menjadi para pengikutnya (Asy’ariyah dan Maturidiyah).
9. Golongan yang mendhoifkan hadits-hadits shohih dan menshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).
10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari Guru atau Syeikh, hanya copy paste dan membaca dari buku-buku dan sebagainya.
11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.
12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-Najdi).
13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka ingin menjajah Mekkah dan Madinah.
14. Golongan yang menghancurkan turath (sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekkah dan Madinah. (lihat kawasan pekuburan Jannatul Baqi, Bukit Uhud dan sebagainya).
15.  Golongan yang membenci kaum ahlul bait.
16. Golongan yang bertentangan dengan Ijma para Shohabat, Tabiin, Salaf, Khalaf dan seluruh Ulama ASWAJA.
17. Golongan yang mendakwa akal tidak boleh digunakan dalam dalil syara’, dengan menolak fungsi akal (ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan akal).
18. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat, nama, promosi, kemasyhuran) dengan menggunakan pemahaman mereka yang salah terhadap Al-Qura’n dan As-Sunnah.
19.  Golongan yang mendhoifkan hadis solat tarawih 20 rakaat. (Albani)
20.  Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih. (Albani)
21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut. (Albani)
22.  Golongan yang melecehkan Imam Abu Hanifah R.A. (Albani)
23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.
24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan (hidup) di kuburan beliau. (Albani)
25. Golongan yang melarang membaca Sayyidina dan menganggap perbuatan itu bid'ah dholalah/sesat.
26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran dan membaca talqin pada orang yang meninggal.
27.  Golongan yang melarang membaca shalawat selepas adzan. (Albani)
28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana (tidak akan kekal). (ibn Taimiyyah)
29. Golongan yang mengatakan lafadz talaq tiga tidak jatuh, jika aku talaq kamu dengan talaq tiga. (ibn Taimiyyah).
30. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah. (Ibn Taimiyyah)
31. Golongan yang menggunakan uang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis (penipuan dan pengubahan) di dalam kitab-kitab ulama yang tidak sependapat dengan mereka.
32. Golongan yang mengkafirkan orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini. (Albani)
33.  Golongan yang membid’ahkan seluruh ummat Islam.
34. Golongan yang menghukumi syirik terhadap amalan ummat Islam yang tidak sepaham dengan mereka.
35. Golongan yang membawa ajaran tauhid dan tidak pernah belajar ilmu tauhid. (Ibn Taimiyyah)
36. Golongan yang mengatakan bahwa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW mengajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhammad Abdul Wahab)
37. Golongan yang membolehkan memakai lambang salib hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan resmi kerajaan, dan hukumnya tidak kufur. (Bin Baz)
38.  Golongan yang membiayai keuangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Ummat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahhabi Saudi)
39.  Golongan yang memberi Syarikat-syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram. (Kerajaan Wahhabi Saudi)
40.  Golongan yang memecah-belah Ummat Islam dan institusi kekeluargaan.
41.  Golongan yang mengharamkan Maulid dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.
42.  Golongan yang menghalalkan bom bunuh diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine)
43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy’ariyah dan Maturidiyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.
44.  Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan menjelek-jelekkan nama baik Islam.
45.  Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand.
46.  Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.
47.  Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama ASWAJA yang muktabar.
48.  Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWAJA.
49.  Golongan yang minoritas dalam dunia, malah baru berumur setahun jagung.
50.  Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.
51.  Golongan yang jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi ingin membuat fatwa sesuka hati.
52.  Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.
53.  Golongan yang secara dzahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berlewat, tidak menghormati ulama, mengutuk para Alim Ulama dan tidak amanah dengan ilmu dan agama Islam.
54.  Golongan yang tidak hujjah dalam ajaran mereka.
55. Golongan yang membawa ajaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemooh, ditentang, dijawab dan dikafirkan oleh Jumhur Ulama ASWAJA atas dasar akidah mereka yang sesat.

FATWA KE ATAS FAHAMAN WAHABI
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN
FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM

SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).

Wallahu a’lam bish-Showab wal hadi ila sabilil haq...

Friday, 27 January 2017

اطمئن

اطمئن

* قال الله جل جلاله لعباده : " لا تقنطوا  "
* وقال يعقوب لأولاده  " لاتيأسوا "
* وقال يوسف لأخيه  "لا تبتئس "
* وقال شعيب لموسى " لا تخف "
*وقال نبينا صل الله عليه وسلم لأبي بكر                    " لا تحزن " .
* نشر الطمأنينة *
في النفوس في ساعات القلق
منهج الهي نبوي
انشروا الطمأنينة والثقة بالله .
* فلا بد من فرج قريب * .

Monday, 9 January 2017

Fatwa bacaan fatihah

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE-121: TANAH KUBUR DIBACAKAN SURAH AL-QADR 7 KALI

Ditulis oleh Admin PMWPDiterbitkan: 14 Julai 2016

 

Soalan:

Assalamualaikum Sahibus Samahah Dr Zulkifli. Ketika ini agak hangat dibincangkan tentang hadith tanah kubur yang dibacakan surah al-qadr dapat melepaskan seksa kubur. Satu pihak mengatakan bahawa hadith ini palsu tidak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith muktabar maka amalan ini tidak sahih dan satu lagi pihak menyatakan ia disebut dalam kitab-kitab mazhab Syafie maka hendaklah kita bersangka baik. Apakah jalan penyelesaian yang mendamaikan dalam hal ini ? Terima kasih.

 

Jawapan:

Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Insya Allah pihak kami akan cuba menjawab persoalan ini dengan sebaik mungkin berserta dengan cadangan penyelesaian bagi mengharmonikan isu ini.

 

Mukadimah

Dalam sehari dua ini pihak kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan banyak menerima persoalan-persoalan daripada masyarakat umum berkenaan isu mengambil tanah di kubur lalu dibacakan padanya surah al-Qadr sebanyak tujuh kali maka mayat tersebut tidak akan diazab di dalam kuburnya. Justeru, kami mengambil tanggungjawab bagi mengulas kesahihan hal ini dari sudut ilmu hadis dan feghnya.

 

Sumber-sumber Bacaan Surah Al-Qadr Sebanyak 7 Kali Pada Tanah Kubur

Berikut kami kongsikan beberapa sumber yang menyebutkan berkenaan perkara ini:

Pertama: Syeikh Taqiyuddin al-Alawi telah menjumpai penulisan ayahnya bahawa al-Faqih Muhammad Abu Abdillah al-Hafiz mengatakan Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ أَخَذَ مِنْ تُرَابِ الْقَبْرِ حَالَ الدَّفْنِ بِيَدِهِ أَيْ حَالَ إرَادَتِهِ وَقَرَأَ {إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ} [القدر: 1] سَبْعَ مَرَّاتٍ وَجَعَلَهُ مَعَ الْمَيِّتِ فِي كَفَنِهِ أَوْ قَبْرِهِ لَمْ يُعَذَّبْ ذَلِكَ الْمَيِّتُ فِي الْقَبْرِ

Maksudnya: Sesiapa yang mengambil tanah kubur dengan tangannya ketika pengebumian iaitu ketika dia hendak mengebumikan mayat lalu dia membaca surah al-qadr sebanyak tujuh kali dan dia meletakkannya bersama-sama dengan mayat pada kafannya atapun pada kuburnya nescaya si mati tidak akan di azab di dalam kubur.

 

Matan di atas ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab berikut:

Hasyiah al-Imam Abdul Hamid al-Syarwani ke atas kitab Tuhfatul Muhtaj (3/172).Hasyiah Abu al-Dhiya’ Nuruddin bin Ali al-Syabramalisi ke atas kitab Nihayah al-Muhtaj (3/8).Futuhaat al-Wahhab Bi Taudhih Syarh Manhaj al-Thullab (2/203) karya Syaikhul Islam Zakariya al-Ansari.I’anah al-Thalibin oleh Syeikh Abu Bakar Uthman al-Bakri al-Dimyati (2/135).Bughyah al-Mustarsyidin, Syeikh Abdul Rahman al-Ba’lawi (1/198).

 

Kedua: Syeikh al-Bujairami menyatakan bahawa al-Nasyiri telah menyebut dengan sanad yang bersambung dengan katanya:

أَنَّ مَنْ أَخَذَ مِنْ تُرَابِ الْقَبْرِ حَالَ الدَّفْنِ فِي كَفِّهِ شَيْئًا مِنْهُ وَقَرَأَ: {إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ} [القدر: 1] سَبْعَ مَرَّاتٍ ثُمَّ وَضَعَهُ فِي كَفَنِهِ لَمْ يُعَذَّبْ ذَلِكَ الْمَيِّتُ وَهِيَ فَائِدَةٌ جَلِيلَةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang mengambil tanah kubur dengan tangannya ketika pengebumian iaitu ketika dia hendak mengebumikan mayat lalu dia membaca surah al-qadr sebanyak tujuh kali dan dia meletakkannya bersama-sama dengan mayat pada kafannya atapun pada kuburnya nescaya si mati tersebut tidak akan di azab. Dan ia merupakan faedah yang agung.

Rujuk Hasyiah al-Bujairami ke atas Al-Iqna’ (2/310).

 

Ketiga: Kata Syeikh Ahmad bin Ismail al-Tahtawi al-Hanafi:

وَفِي كِتَابِ النُّورَينِ مَن أخَذَ مِن تُرَابِ القَبْرِ بِيَدِهِ وَقَرَأ عَلَيهِ سُورَةَ القَدْرِ سَبْعًا وَتَرَكهُ فِي القَبْرِ لَمْ يُعَذَّبْ صَاحِب القَبْر

Maksudnya: Di dalam kitab al-Nurain: Sesiapa yang mengambil tanah kubur dengan tangannya lalu dia membacakan ke atasnya Surah al-Qadr sebanyak tujuh kali dan tanah tersebut ditinggalkan di dalam kubur nescaya penghuni kubur tersebut tidak akan diazab.

Rujuk Hasyiah al-Tahthawi ‘ala Maraqi al-Falah (1/611).

 

Perbahasan

Setelah kami meneliti beberapa teks yang disebutkan di atas, kami mendapati bahawa isu ini munasabah dibahas melalui dua sudut. Iaitu dari sudut hadis dan juga feqhnya.

Pertama: Dari Sudut Hadis

Sepanjang pencarian kami, hadis ini tidak ditemui di dalam kutub al-sittah[1] ataupun kitab-kitab hadis seperti Musnad, Mustadrak, dan selainnya.Sekalipun Syeikh al-Bujairami menyatakan bahawa al-Nasyiri menyebut riwayat ini dengan sanad yang bersambung, akan tetapi kami tidak menemui sanad bagi riwayat tersebut yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk disemak kembali para perawinya.Kami mendapati bahawa kebanyakan riwayat ini kembali kepada Syeikh Taqiyuddin al-‘Alawi (w. 872 h.) yang mana beliau telah menjumpai penulisan ayahnya yang menyatakan bahawa Abu Abdillah al-Hafiz telah menyebutkan Rasulullah S.A.W mengatakan hal tersebut. Namun, sekali lagi kami -sebatas pencarian kami- tidak menemui sanad di antara Syeikh Abu Abdillah al-Hafiz sehingga ke Rasulullah S.A.W.

 

Hukum Hadith

Setelah kami melakukan penelitian terhadap kitab-kitab yang menghimpunkan teks-teks hadith, kami tidak menjumpai sanad lengkap bagi hadith tersebut. Untuk itu, kami nyatakan bahawa hukum atau status hadith tersebut tiada asal baginya dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW atau menyebarkannya kepada orang lain.

Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih dan seharusnya kita berwaspada sebagaimana sabda Baginda SAW di dalam hadith yang sahih:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta”.

Riwayat Abu Daud (43)

 

Pun begitu, sudah menjadi kebiasaan bagi para ulama hadis memainkan peranan dan tanggungjawab mereka untuk mentakhrij hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab feqh dan selainnya bagi memastikan ketulenan hadis-hadis yang dijadikan sandaran hujah dan amalan. Ini seperti yang dilakukan oleh beberapa ulama hadis berikut:

Imam al-Zaila’ie di dalam kitabnya Nasb al-Rayah telah mentakhrijkan hadis-hadis di dalam kitab al-Hidayah yang merupakan kitab feqh mazhab Hanafi.Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Talkhis al-Habir telah meringkaskan hadis-hadis dari kitab al-Badrul Munir yang telah mentakhrijkan hadis-hadis di dalam kitab feqh mazhab al-Syafie iaitu al-Kabir karya Imam al-Rafi’e.Imam al-Hafiz al-Iraqi telah mentakhrijkan hadis-hadis di dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din karya Hujjatul Islam al-Ghazali.

Justeru, tindakan para ulama muhaqqiqin ini tidaklah bermaksud untuk menghina atau merendahkan kedudukan sebahagian para ulama feqh dan jasa-jasa mereka yang cukup besar, tetapi hanyalah sebagai suatu usaha tolong menolong atas kebenaran dan kesabaran.

 

Kedua: Dari Sudut Feqh

Kami mendapati bahawa amalan ini hanya terdapat di dalam hasyiah bagi kitab-kitab feqh yang ditulis oleh ulama-ulama terkemudian baik dari kalangan mazhab Hanafi dan juga mazhab al-Syafie.Mereka memasukkan riwayat ini dalam menjelaskan faedah berkaitan cara mengebumikan jenazah. Faedah tersebut menyatakan bahawa bacaan surah al-Qadr sebanyak 7 kali yang dibaca pada tanah kubur dan dimasukkan tanah tersebut sama ada ke dalam kain kafan atau ke dalam kubur nescaya amalan tersebut dapat menyelamatkan si mati dari azab kubur.Walaupun begitu, para ulama tersebut tidak menyatakan sanad bagi riwayat tersebut dan tidak pula dijelaskan status riwayat tersebut. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan dalam beramal dengan riwayat tersebut kerana isu berkaitan tidak diazabnya seseorang di dalam kubur merupakan perkara ghaib yang sangat berhajat kepada dalil yang sahih untuk membenarkannya.

 

Isu Qiyas Dengan Hadis Memacak Pelepah Tamar

Sebahagian pihak cuba untuk menguatkan keabsahan amalan tersebut dengan hadis yang berikut:

Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda ketika melalui dua buah kubur yang sedang diseksa:

إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا بِنِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا فَقَالَ: "لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا".

Maksudnya: “Sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. Seorang daripadanya diseksa kerana tidak mencuci air kencingnya dengan betul dan seorang lagi diseksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu mematahkannya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, mengapa engkau melakukan hal sedemikian?”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Semoga dengan pelepah ini dapat meringankan seksanya selagimana ia belum kering”.

Riwayat al-Bukhari (218), (1361) dan (6052)

 

Di dalam sebuah hadith yang panjang, diriwayatkan oleh Jabir R.anh bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنِّي مَرَرْتُ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ فَأَحْبَبْتُ بِشَفَاعَتِي أَنْ يُرَفَّهَ عَنْهُمَا مَا دَامَ الْغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melalui dua buah kubur yang sedang diseksa (penghuninya) maka aku mahu mereka diberikan syafaatku agar dihindarkan daripada seksaan selagimana dua ranting masih basah”.

Riwayat Muslim (3012)

 

Imam al-Bukhari telah memasukkan sebuah athar daripada Buraidah dan juga Ibn Umar R.anhuma di dalam salah sebuah bab di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:

وَأَوْصَى بُرَيْدَةُ الأَسْلَمِيُّ: "أَنْ يُجْعَلَ فِي قَبْرِهِ جَرِيدَانِ" وَرَأَى ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فُسْطَاطًا عَلَى قَبْرِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَ: "انْزِعْهُ يَا غُلاَمُ فَإِنَّمَا يُظِلُّهُ عَمَلُهُ.

Maksudnya: “Buraidah al-Aslamiy telah berwasiat agar diletakkan di atas kuburnya dua pelepah tamar dan Ibn Umar telah melihat sebuah khemah di atas kubur Abdul Rahman lalu memerintahkan agar ianya dicabut dengan berkata: “Cabutlah ia wahai budak, kerana yang akan melindunginya adalah amalannya”.

Riwayat al-Bukhari (209)

 

Hukum Dan Pendapat Ulama’ Dalam Memahami Hadith Ini

Dalam masalah ini, terdapat dua pendapat dalam memahami hadith ini:

Pendapat Pertama: Disunatkan meletakkan pelepah tamar atau seumpama dengannya di atas kubur. Antaranya disebut oleh para fuqaha’ di dalam mazhab al-Syafi’eyyah:

وَيُسَنُّ أَيْضًا وَضْعُ الْجَرِيدِ الْأَخْضَرِ عَلَى الْقَبْرِ وَكَذَا الرَّيْحَانُ وَنَحْوُهُ مِنْ الشَّيْءِ الرَّطْبِ وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِهِ لِأَنَّ صَاحِبَهُ لَمْ يُعْرِضْ عَنْهُ إلَّا عِنْدَ يُبْسِهِ لِزَوَالِ نَفْعِهِ الَّذِي كَانَ فِيهِ وَقْتَ رُطُوبَتِهِ

Maksudnya: “Disunatkan meletakkan pelepah (kurma) yang hijau (basah) di atas kubur, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan yang seumpama dengannya yang masih basah dan tidak dibolehkan bagi orang lain untuk mengambilnya dari atas kubur sebelum ianya kering kerana pemiliknya tidak akan berpaling daripadanya kecuali setelah ianya kering disebabkan telah hilangnya manfaatnya tidak seperti ketika ia masih basah…”.

Rujuk Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini (2/56)

 

Pendapat Kedua: Ini termasuk di dalam perkara yang dikhaskan hanya untuk Nabi SAW (khususiyyah Nabi SAW). Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi:

فَإِنَّهُ مِنْ نَاحِيَةِ التَّبَرُّك بِأَثَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدُعَائِهِ بِالتَّخْفِيْفِ عَنْهُمَا وَكَأَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ مُدَّة بَقَاء النَّدَاوَة فِيْهِمَا حَدّا لما وَقَعَت بِهِ المَسْأَلَة مِنْ تَخْفِيْفِ العَذَاب عَنْهُمَا وَلَيْسَ ذَلِكَ مِنْ أَجْلِ أَنَّ فِيْ الجَرِيْدِ الرّطَب مَعْنَى لَيْسَ فِيْ اليَابِسِ

Maksudnya: “Hal ini dilihat dari sudut memperoleh keberkatan daripada kesan Rasulullah SAW dan juga doa baginda SAW agar diringankan azab kepada mereka berdua serta seolah-olah baginda menjadikan tempoh lembabnya pelepah itu sebagai had (tempoh) kepada doa tersebut agar diringankan azab terhadap mereka berdua. Isunya bukan kerana makna yang ada pada pelepah yang basah, yang tidak ada pada pelepah yang kering”.  

Lihat Ma’alim al-Sunan, al-Khattabi (19)

 

Antara Amalan-Amalan Penghalang Daripada Azab Kubur

Kami nukilkan di sini beberapa amalan yang boleh kita sama-sama praktikkan bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih agar sama-sama dapat kita perolehi manfaat seterusnya mengamalkannya. Antara amalan-amalan tersebut ialah:

Iman & Beramal Soleh

Beriman dan juga beramal soleh adalah antara wasilah yang paling utama untuk menghindari azab kubur. Firman Allah SWT:

يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّٰلِمِينَۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 

Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. 

(Ibrahim: 27)

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim menukilkan kata-kata Sufyan al-Thauri Rahimahullah yang mana beliau mengatakan bahawa ayat di atas berkaitan dengan azab kubur.[2]

Allah SWT menetapkan pendirian orang yang beriman dengan hati yang sempurna iaitu mereka yang melazimi amal perbuatan yang membuahkan hasil (amal soleh) dan Allah SWT menetapkan mereka pada kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Apabila matinya mereka di pengakhiran, akan tetap di atas Islam dan memperoleh husnul khatimah dan di dalam kubur, ketika di soal oleh dua malaikat, dapat menjawabnya dengan jawapan yang sahih.[3]

 

Menjaga Sempadan (al-Ribat) Pada Jalan Allah SWT

Iaitu mereka yang berterusan menjaga sempadan pada jalan Allah SWT dan bersabar di atasnya. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Fadalah bin ‘Ubaid RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

كُلُّ الْمَيِّتِ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ، إِلاَّ الْمُرَابِطَ فَإِنَّهُ يَنْمُو لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيُؤَمَّنُ مِنْ فَتَّانِ الْقَبْرِ

Maksudnya: Setiap yang mati, maka amalannya telah ditutupi kecuali bagi al-Murabit (orang yang menjaga sempadan di jalan Allah SWT). Sesungguhnya amalannya akan terus bertambah sehingga hari akhirat dan selamat dari fitnah kubur.

Riwayat Abu Daud (2500) & Al-Tirmizi (1621). Status: Sahih

Melazimi Bacaan Surah al-Mulk

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana beliau meriwayatkan:

ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya: Telah mendirikan khemah sebahagian sahabat Nabi SAW di atas kubur dan mereka tidak mengetahui yang terdapatnya kubur di situ dan mereka mendengar ada seseorang (daripada kubur) membaca Surah al-Mulk (Tabarakallah Biyadihi al-Mulk) sehingga tamat. Kemudian lelaki tersebut datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendirikan khemah di atas kubur yang aku tidak mengetahui akannya dan aku terdengar di dalamnya seseorang membaca Surah al-Mulk sehingga tamat. Maka Rasulullah SAW berkata: “Ia (Surah al-Mulk) adalah penghalang, penyelamat daripada azab kubur”.

Riwayat Al-Tirmizi (2890)

Doa Yang Diajarkan Oleh Nabi SAW

Terdapat juga doa yang boleh dijadikan amalan bagi kita yang mana doa ini telah dibacakan oleh Nabi SAW dalam memohon agar diri Baginda dilindungi dari fitnah dan azab kubur. Doa Nabi SAW tersebut adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon perlindungan kepadamu daripada azab kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah masih al-Dajjal”.

Riwayat Al-Bukhari (1377)

Doa ini boleh diamalkan bahkan terdapat banyak lagi riwayat yang sama maknanya dengan doa di atas.

 

Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah

Terdapat sebuah kisah berkenaan seorang tokoh hadis yang terkenal iaitu Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi Rahimahullah yang wajar diteladani oleh kita semua. Di dalam kitab al-Maudhu’at, beliau menceritakan bahawa dirinya telah melazimi bacaan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, dua ayat daripada surah Aali Imran iaitu ayat ke-18 dan 26 yang dibaca sesudah solat dengan fadhilat seperti berikut:

Allah akan memberikan Syurga bagi siapa yang membaca kesemuanya selepas setiap kali Solat.Allah akan memandangnya sebanyak 70 kali dalam sehari.Allah akan melaksanakan 70 hajat keperluannya dalam sehari.Allah akan menyelamatkannya dari setiap musuh.Allah akan memelihara dirinya.

Kata Al-Hafiz Ibn al-Jauzi: Hadis ini adalah hadis Maudhu' (palsu). Kemudian sambung beliau:

Aku telah mendengar hadis ini sejak kecil lagi dan aku beramal dengannya selama 30 tahun disebabkan sangka baikku kepada para perawi. Ketika mana aku tahu yang ia adalah palsu lalu aku tinggalkannya.

Seorang bertanya kepada Ibn al Jauzi: Bukankah ia digunakan untuk amalan baik?

Maka jawab Ibn al Jauzi Rahimahullah:

اسْتِعْمَالُ الْخَيْر يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ مَشْرُوعًا فَإِذَا عَلِمْنَا أَنَّهُ كَذِب خَرَجَ عَنِ المَشْرُوعِيَّة

Maksudnya: Menggunakan sesuatu untuk amalan kebaikan hendaklah pada perkara yang disyariatkan. Apabila kita tahu yang ianya palsu maka ia terkeluar dari perkara yang disyariatkan.

Perhatikan sikap insaf yang ditunjukkan oleh Imam Ibn al-Jauzi yang meninggalkan beramal dengan hadis tersebut setelah mengetahui bahawa tiada asal baginya sekalipun beliau telah beramal dengannya selama 30 tahun di atas sangka baik beliau terhadap para perawinya. Kami akhiri penulisan ini dengan doa berikut:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah pergi mendahului kami dalam keimanan dan janganlah kau menjadikan di dalam hati-hati kami ini perasaan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Surah al-Hasyr (10)

 

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pandangan dan pendapat semua pihak, maka kami katakan seperti berikut:

Pertama: Amalan ini dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja orang-orang soleh terdahulu. Sedangkan, kebanyakan ulama-ulama terdahulu tidak melakukannya seperti yang dimaklumi.Kedua: Amalan yang disandarkan kepada athar dan juga hadith adalah tidak sahih qiyasnya. Sebaliknya dalil yang nyata seperti qaul Ibn Umar R.Anhuma menyatakan sebaliknya.Ketiga: Menjanjikan fadhilat selamat daripada azab kubur amat perlu kepada dalil yang qati’e dan sahih. Justeru, dalam isu ini tidak terdapat dalil yang sahih.Keempat: Berpandukan kepada dalil yang sahih daripada Al-Quran dan al-Hadith adalah perbuatan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi pegangan umat Islam.

Akhir kalam, kami menyeru kepada semua pihak agar mengambil agama dari sumber yang sahih dan menjarakkan daripada sumber yang kabur dan keliru. Cukuplah kita mengamalkan amalan yang warid dalam al-Quran dan hadith agar amalan kita benar-benar menepati neraca syariah dan diterima oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.

 

Akhukum fillah,

 

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

14 Julai 2016 bersamaan 9 Syawal 1437H

 

 

[1] Kutub al-Sittah merupakan kitab-kitab hadis utama yang enam iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaie, dan Sunan Ibn Majah.

[2] Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Dar Tayyibah, (4/496)

[3] Abd al-Rahman al-Sa’di. Tayseer al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Muassasah al-Risalah, hlm. 425.

                               

DARI MEJA MUFTI

 

Waktu Solat
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurSubuh06:02Syuruk07:21Zohor13:23Asar16:46Maghrib19:20Isyak20:34Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian

Copyright© 2016 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Hakcipta terpelihara. 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 & Internet Explorer 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768. 
Diselenggara oleh unit ICT Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 
Emel : unitict@muftiwp.gov.my