Friday, 14 July 2017

Repost : Siapakah wahhabi?... Jangan Cepat Sangat Tuduh Orang Sebagai Wahhabi...

Soalan itu ditujukan kpd saya berkali oleh ramai rakan FB dan dunia nyata... Saya tangguh untuk menjawab kerana berfikir adakah disebabkan manhaj fiqh saya seakan-akan wahhabi atau mereka nk confirm saya duduk side mana.. Malah ada orang pejabat agama mensyaki elemen Wahhabi ada pada saya....

Wahhabi pada saya, nisbah kpd seseorang yg mengikuti manhaj (khususnya akidah) yg dipelopori Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab dari Najd, SA. Wahhabiyyah ialah fahaman yg berkaitan dengan gerakan beliau dalam akidah, fiqh dan politik. Cukup setakat itu... Maknanya org yg menjadikan beliau sebagai idola dan mengikuti manhajnya memang layak digelar Wahhabiyy...

Adapun tidak iltizam dgn semua fatwa dan aqwal Syafi'iyyah dalam kitab-kitab muktabar, bukanlah menjadi WAHHABI... krn dalam beberapa perkara saya melihat kekuatan fatwa Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah. Memang saya buat pun secara peribadi...

Manakala berkaitan dgn ayat-ayat sifat dan tauhid tiga, saya selesa mengikut aliran Asy'ariyyah dalam mentakwil makna-makna sifat agar tidak membawa kpd tasybih... Namun begitu, pendekatan tafwidh (tidak takwil) lebih asli krn ia juga sebahagian manhaj Asy'ariyyah. Utk umat Islam yg kukuh iman, manhaj tafwidh adalah yg terbaik... utk org yg baru memeluk Islam terutama agama syirik, pendekatan takwil terbaik... Seterusnya sifat 20 atau tauhid 3 merupakan metodologi khusus yang terbaik dalam konteks masing-masing utk memahamkan manusia tentang tauhid.... Malah kalau ada pendekatan moden yg lebih berorentasikan saintifik dapat memantapkan akidah, juga diterima sebagai ilmu tauhid ahlussunnah selagi berpaksikan al-Quran dan sunnah.... dan ketiga-tiga pendekatan itu saya GUNA dan menggalakkan sesiapa sahaja gunakannya mengikut kesesuaian mad'uww.

Nasihat saya kpd rakan-rakan ASWAJA dan aliran tradisional, janganlah cepat melabelkan sesiapa saja yg berbeza dgn pendekatan anda itu Wahhabi... Saya tidak nafikan memang wujud keperluan agar semua fatwa perlu selari dgn mazhab Syafie berdasarkan enakmen undang-undang pentadbiran Islam negeri, yg mana semua pihak daripada pelbagai aliran perlu hormati. Akan tetapi berikanlah sedikit ruang utk ilmuan setempat menghirup kesegaran fiqh yg sentiasa dinamik dlm ruang ijtihad fardiyy yg tidak mengganggu kemaslahatan awam.

Saya iltizam dgn mazhab Syafie dalam kebanyakan bab ibadat, baca qunut dalam solat subuh, berwirid perlahan dan berdoa lpas solat, cuma dek kerana tidak iltizan' dgn upacara Tahlil, qasidah, upah baca Quran utk si mati dll, takan saya dianggap WAHHABI... Siapa nk tahlil silakan.... Ini kerana saya mempunyai alternatif lain! Sebagai contoh, saya berusaha utk khatamkan sendiri bacaan al-Quran dan mendoakan pahalanya kpd ibu saya...

Sebab itu saya sering ulang2 dalam kuliah bahawa saya MUQALLID GHAIR MULTAZIM dgn mazhab Syafiie.. iaitu pengikut yg tidak terikat sepenuhnya (seperti bab-bab lain selain ibadat) ... dan pendekatan ini diiktiraf dalam semua mazhab fekah... org yg sebegini bukanlah Wahhabiy...

Khulasah : Kaedah asal berbeza saja dari status quo mesti Wahhabi, perlu diperbetulkan... Penat dah dgn isu Wahhabi ni.... dan saya TIDAK PERNAH BERMINAT UTK JADI WAHHABI ok...

Posting asal bertarikh 25 Sept 2016, dgn sedikit pindaan!

Jahilnya Kita dan Gilanya Mereka, Tidak Sama!

Sampai ke satu tahap , adakalanya saya rasa terlalu jahil utk mengulas isu-isu semasa, hukum, pendirian politik domestik dll... Terlalu banyak kabus dan tindakan luar tabii... Ia bukan tanda masa Dajjal sudah nk keluar tapi bercelarunya sikap umat Islam dan para pemimpin mereka....

من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت ..

Saudara semua, fokuskan diri anda pada usaha meraih taqwa dalam Ramadhan... Lupakanlah sebentar pasai Wahhabi, Salafi, Syafi'iyyah, Saudi, tauliah mengajar, Donald Trump dan parti politik.... Kecelaruan Saudi yg wahhabi dgn Mesir yg bukan Wahhabi sama teruk saja... Yg kat dalam negara pun sama taraf... 

Zainah Anwar dan Siti Kasim mcmana??? Anggaplah org yg cacat akal sudah bukan mukallaf lagi wp Islam! Bukan setakat kahwin tak perlukan wali, puasa pun tak wajib ke atas orang gila!

Kewujudan Bid'ah Memang Qat'iyy Tetapi Tafsiran dan Pengesahannya Adalah Zanniyy.

Segala pertuturan, perbuatan dan taqrir Nabi pada situasi yg wujud dan berlaku secara real dihukumkan sebagai sunnah. Sunnah yg menjadi sumber tasyrik bagi hukum syarie iaitu wajib, sunat, haram, makruh, harus, batal, sah, rukhsah dan azimah. Adanya situasi yg berlaku maka akan adanya penerangan daripada 3 kategori sunnah itu, lalu jelaslah hukumnya pada manusia... Dalam sunnah Nabi, penjelasan hukum ada berbentuk khusus sprt kaifiyyat ibadah dasar (taharah, solat, puasa, zakat, haji dsb) dan ada berbentuk umum (zikir, solawat, amal kebaikan, bacaan quran, mujahadah beramal, sodaqah, doa dll).

Namun dalam hal yg ditinggalkan atau tidak dilakukan oleh Nabi, apakah status hukumnya??.. Bolehkah dibuat atau tidak boleh?.. Ini kerana Nabi tidak pernah kata apa yg dia tidak buat (dia sengaja tidak buat atau tidak perlu buat), umat Islam boleh buat atau jangan buat. Nabi hanya kata siapa yg mencipta dan mengamalkan  'perkara baharu' dlm Islam, ia ditolak. Banyak persoalan timbul dlm hal ini :

1. Perkara baharu itu adakah bermaksud "kewajipan asing" yg menambah atau memansuhkan pada 5 rukun Islam dan fundamental agama yg Nabi syariatkan? Ataupun termasuk juga menggabung jalinkan ibadat khusus (solat fardhu atau tarawih) dgn ibadah umum (zikir, solawat dll)?..

2. Maksud 'dlm urusan kami' (في امرنا هذا) itu adakah pada aspek akidah (ilahiyyah/nubuwwah/ghaibiyyah) yg sifatnya statik ataupun pada aspek syariah yg sifatnya statik pada form asas dan fleksibel pada teknikalnya?.

3. Jika dlm ibadat, adakah rekaan baharu itu ditegah kerana memasukkan unsur asing dlm form asas sedia ada (الزيادة على العبادة) atau termasuk juga kombinasi amalan umum di luar form asas tersebut (الزيادة في العبادة) yg dibuat bersama-sama?.

4. Apakah mekanisme penentuan perkara baharu itu sbgai bid'ah?.. Adakah semata-mata krn Nabi tidak buat atau dinilai berdasarkan prinsip-prinsip syariat yg lebih jelas?..

Berdasarkan kaedah hukum, bukan mudah utk sesiapa mengharamkan sesuatu perkara yg 'terbuka' melainkan dengan adanya nas khusus yg menyebutkannya haram secara qat'ie, jelas dan muhkam. Apa yg ada hanyalah hadis umum berbunyi من احدث في امرنا هذا ما ليس منه فهو رد dan كل محدثة بدعة وكل ضلالة في النار. Justeru utk finalise dlm keempat-keempat persoalan di atas tidak boleh dibuat dgn mudah seolah-olah siapa saja hafaz dua hadis ini layak menjadi pakar hukum... Nanti dulu saudara!

Mari kita teliti evolusi perkembangan Islam era awal (di Madinah). Dlm banyak keadaan, Nabi hanya mengajar dan menggagaskan pada zamannya kewajipan ibadat khusus dalam bentuk yg padat, ringkas dan memudahkan semua sahabat melaksanakannya. Sahabat seperti kita. Ada yg berniaga, berkerja, bertani, berperang, mengajar, mentadbir kerajaan. Ada yg menjadi ahli suffah di masjid nabawi. Pada zaman awal Islam, ibadat khusus tidak boleh diperbanyakkan krn byk lagi kewajipan perlu diutamakan sprt berjihad fisabilillah, menyampaikan dakwah kpd masyarakat Arab luar Madinah. Maka dgn itu, tuntutan ibadat khusus dgn ibadat umum dapat diselaraskan oleh semua sahabat dgn baik. Ahlu suffah menumpukan ibadat, zikir dan mengimarahkan masjid. Tentu ibadat umum seperti zikir menjadi rutin khusus mereka. Org lain beribadat dlm bentuk jihad, tadbir negara, urusan harta sedekah dan pekerjaan masing-masing. Abu Bakar, Umar, Uthman tidak seperti Ahlu suffah dari segi amalan zikir, iktikaf dll. Ahlu suffah tidak seperti Abdul Rahman auf, Abu Talhah yg dermawan.

Setiap amalan peribadi sahabat-sahabat itu amat baik dan ia direkodkan kpd generasi terkemudian. Tabiin turut meniru amalan baik sahabat disamping amalan anjuran Nabi SAW. Dlm hal inilah datangnya wirid-wirid slps solat yg diamalkan oleh ahli sufi yg dikembangkan dalam masyarakat terkemudian.

Kembali kpd menentukan status amalan yg Nabi 'tak pernah buat'(تروك النبي), para fuqaha berbeza pandangan atas sebab ijtihad kpd dua aliran :

Aliran 1> Turuk al-Nabiyy bukan kategori sunnah seperti اقوال، افعال dan تقريرات  yg mendatangkan hukum. Utk menghukumkan bid'ah, ia perlu dinilai berdasarkan neraca syariah dari segi illah, mafsadah, dan kesannya kepada imej Islam.

Aliran 2 > Turuk al-Nabiyy adalah sebahagian sunnah. Apa yg Baginda tidak buat dlm keadaan form ibadat khusus telah sedia ditetapkan, menjadi bukti ia adalah larangan "sunnah" kpd sebarang penambahan termasuk الزيادة على العبادة.

Soalan saya, anda faham bid'ah macamana?.. Anda ikut aliran mana??.. Tidak boleh dikatakan aliran tertentu itu berlandaskan sunnah sebenar dan aliran lain salah... Nabi tidak pernah kata apa-apa pada تروكnya dgn jelas. Aliran ulama anda yg mentafsirkan begitu begini... Jika aliran idola anda hebat, idola aliran kami juga hebat malah lebih ramai...

Solusinya... Anggaplah apa yg dihukumkan bid'ah ataupun tidak, sebagai hasil ijtihadiyyah... Masuk bab ijtihad, imam Syafie kata :

رأيي صواب يحتمل الخطأ و رأي غيري خطأ يحتمل الصواب

Al-Azhar al-Syarif Tidak Rosak, Tetapi Imejnya Tercalar Dengan Kepelikan Beberapa Ikonnya!

Imej al-Azhar banyak tercalar dengan beberapa tokoh ulamaknya yg memberikan pandangan pelik-pelik tentang senario Timur Tengah... Pandangan mereka inilah yg dipopularkan oleh media pro-Firaun. Walhal beratus lagi pandangan masyayikh yg menggalas kemuliaan al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan 'benar' dlm syarahan, kuliah dan halaqah mereka. Tetapi mereka ini, sering disekat aksesnya kpd RTM (Radio TV Mesir) dan Utusan Mesir.

Zaman saya dahulu era 1992, Sheikhul Azhar, Prof. Dr Ali Jad al-Haqq lantang mengkritik resolusi Muktamar Kependudukan yg cuba mencadangkan Tahdid al-Nasl (menghadkan kelahiran anak) di Mesir. Walaupun mesra kerajaan, tetapi Syekhul Azhar masih bertegas. Mufti waktu itu, Sheikh  Muhammad Tantawi, seorang prof tafsir menyatakan interest bank halal. Beliau kemudian dilantik sebagai Sheikul Azhar slps kematian Jaad al-Haqq. Fatwa beliau mendapat kritikan hampir semua professor dan guru-guru al-Azhar termasuk Prof Dr Jalaluddin Abdul Rahman, guru yg mengajar kami Usul Fiqh semasa Dirasaat Ulya.

Zaman itu tiada internet dan media sosial yg mempromosi keakraban al-Azhar dgn parti Mubarak. Orang-orang Azharlah yg mengisi kementerian wakaf. Syeikhul Azhar bukan lagi diundi oleh jemaah masyayikh tetapi lantikan Presiden Mesir. Waktu itu, suara rasmi yg pro pemerintah, akan diabaikan saja oleh orang-orang al-Azhar krn memang begitu perangai kerajaan..

Demikianlah al-Azhar sentiasa dipergunakan oleh pihak penguasa. Al-Azhar memang sentiasa menjadi sasaran utk tujuan yg besar. Oleh kerana besarnya signifikan al-Azhar trhadap dunia Islam, apa saja keburukan menimpa ummah, akan dituding kpd institusi agung ini... Sehingga dunia hampir terlupa, kenapa universiti Islam di negara Arab lain hatta di Jordan dan Arab Saudi dikecualikan atau terselamat. Walhal permaisuri raja Jordan adalah orang Palestin... Baitulmqadis dekat dgn Jordan dan separuh kawalannya di bawah Jordan. Sewaktu Arab Saudi bertindak jahat memboikot Qatar, di manakah suara rasmi universiti sunnah??.. Tidak bersuara sama sahaja seperti setuju.... Mana boleh protes dalam hati???... Itu bertentangan dgn sunnah yg sahih dan sorih...

Kesimpulannya, suara-suara sebenar universiti-universiti Islam tersohor sentiasa dizipped ketat-ketat. Akhirnya yg nampak hanyalah suara rasmi yg merosakkan imej universiti.... Itulah yg terjadi pada universiti kami, al-Azhar al-Syarif!!!... Ia sentiasa cuba dirosakkan....

Ia bukan tentang al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Al Bayt, Jamiah Urduniyyah dll tetapi kejelasan manhaj yg benar utk menundukkan kebatilan penguasa dan kegelencongan cara hidup masa kini... Tidak guna berbangga sebagai lulusan al-Azhar tetapi gagal membezakan antara kawan dengan lawan ...

وقديما كان يقول قائل :
لو لا الشريف الثلاث لهلك الإسلام
البيت الشريف
المصحف الشريف
الأزهر الشريف

No comments:

Post a Comment