Friday, 14 July 2017

Repost : Siapakah wahhabi?... Jangan Cepat Sangat Tuduh Orang Sebagai Wahhabi...

Soalan itu ditujukan kpd saya berkali oleh ramai rakan FB dan dunia nyata... Saya tangguh untuk menjawab kerana berfikir adakah disebabkan manhaj fiqh saya seakan-akan wahhabi atau mereka nk confirm saya duduk side mana.. Malah ada orang pejabat agama mensyaki elemen Wahhabi ada pada saya....

Wahhabi pada saya, nisbah kpd seseorang yg mengikuti manhaj (khususnya akidah) yg dipelopori Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab dari Najd, SA. Wahhabiyyah ialah fahaman yg berkaitan dengan gerakan beliau dalam akidah, fiqh dan politik. Cukup setakat itu... Maknanya org yg menjadikan beliau sebagai idola dan mengikuti manhajnya memang layak digelar Wahhabiyy...

Adapun tidak iltizam dgn semua fatwa dan aqwal Syafi'iyyah dalam kitab-kitab muktabar, bukanlah menjadi WAHHABI... krn dalam beberapa perkara saya melihat kekuatan fatwa Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah. Memang saya buat pun secara peribadi...

Manakala berkaitan dgn ayat-ayat sifat dan tauhid tiga, saya selesa mengikut aliran Asy'ariyyah dalam mentakwil makna-makna sifat agar tidak membawa kpd tasybih... Namun begitu, pendekatan tafwidh (tidak takwil) lebih asli krn ia juga sebahagian manhaj Asy'ariyyah. Utk umat Islam yg kukuh iman, manhaj tafwidh adalah yg terbaik... utk org yg baru memeluk Islam terutama agama syirik, pendekatan takwil terbaik... Seterusnya sifat 20 atau tauhid 3 merupakan metodologi khusus yang terbaik dalam konteks masing-masing utk memahamkan manusia tentang tauhid.... Malah kalau ada pendekatan moden yg lebih berorentasikan saintifik dapat memantapkan akidah, juga diterima sebagai ilmu tauhid ahlussunnah selagi berpaksikan al-Quran dan sunnah.... dan ketiga-tiga pendekatan itu saya GUNA dan menggalakkan sesiapa sahaja gunakannya mengikut kesesuaian mad'uww.

Nasihat saya kpd rakan-rakan ASWAJA dan aliran tradisional, janganlah cepat melabelkan sesiapa saja yg berbeza dgn pendekatan anda itu Wahhabi... Saya tidak nafikan memang wujud keperluan agar semua fatwa perlu selari dgn mazhab Syafie berdasarkan enakmen undang-undang pentadbiran Islam negeri, yg mana semua pihak daripada pelbagai aliran perlu hormati. Akan tetapi berikanlah sedikit ruang utk ilmuan setempat menghirup kesegaran fiqh yg sentiasa dinamik dlm ruang ijtihad fardiyy yg tidak mengganggu kemaslahatan awam.

Saya iltizam dgn mazhab Syafie dalam kebanyakan bab ibadat, baca qunut dalam solat subuh, berwirid perlahan dan berdoa lpas solat, cuma dek kerana tidak iltizan' dgn upacara Tahlil, qasidah, upah baca Quran utk si mati dll, takan saya dianggap WAHHABI... Siapa nk tahlil silakan.... Ini kerana saya mempunyai alternatif lain! Sebagai contoh, saya berusaha utk khatamkan sendiri bacaan al-Quran dan mendoakan pahalanya kpd ibu saya...

Sebab itu saya sering ulang2 dalam kuliah bahawa saya MUQALLID GHAIR MULTAZIM dgn mazhab Syafiie.. iaitu pengikut yg tidak terikat sepenuhnya (seperti bab-bab lain selain ibadat) ... dan pendekatan ini diiktiraf dalam semua mazhab fekah... org yg sebegini bukanlah Wahhabiy...

Khulasah : Kaedah asal berbeza saja dari status quo mesti Wahhabi, perlu diperbetulkan... Penat dah dgn isu Wahhabi ni.... dan saya TIDAK PERNAH BERMINAT UTK JADI WAHHABI ok...

Posting asal bertarikh 25 Sept 2016, dgn sedikit pindaan!

Jahilnya Kita dan Gilanya Mereka, Tidak Sama!

Sampai ke satu tahap , adakalanya saya rasa terlalu jahil utk mengulas isu-isu semasa, hukum, pendirian politik domestik dll... Terlalu banyak kabus dan tindakan luar tabii... Ia bukan tanda masa Dajjal sudah nk keluar tapi bercelarunya sikap umat Islam dan para pemimpin mereka....

من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت ..

Saudara semua, fokuskan diri anda pada usaha meraih taqwa dalam Ramadhan... Lupakanlah sebentar pasai Wahhabi, Salafi, Syafi'iyyah, Saudi, tauliah mengajar, Donald Trump dan parti politik.... Kecelaruan Saudi yg wahhabi dgn Mesir yg bukan Wahhabi sama teruk saja... Yg kat dalam negara pun sama taraf... 

Zainah Anwar dan Siti Kasim mcmana??? Anggaplah org yg cacat akal sudah bukan mukallaf lagi wp Islam! Bukan setakat kahwin tak perlukan wali, puasa pun tak wajib ke atas orang gila!

Kewujudan Bid'ah Memang Qat'iyy Tetapi Tafsiran dan Pengesahannya Adalah Zanniyy.

Segala pertuturan, perbuatan dan taqrir Nabi pada situasi yg wujud dan berlaku secara real dihukumkan sebagai sunnah. Sunnah yg menjadi sumber tasyrik bagi hukum syarie iaitu wajib, sunat, haram, makruh, harus, batal, sah, rukhsah dan azimah. Adanya situasi yg berlaku maka akan adanya penerangan daripada 3 kategori sunnah itu, lalu jelaslah hukumnya pada manusia... Dalam sunnah Nabi, penjelasan hukum ada berbentuk khusus sprt kaifiyyat ibadah dasar (taharah, solat, puasa, zakat, haji dsb) dan ada berbentuk umum (zikir, solawat, amal kebaikan, bacaan quran, mujahadah beramal, sodaqah, doa dll).

Namun dalam hal yg ditinggalkan atau tidak dilakukan oleh Nabi, apakah status hukumnya??.. Bolehkah dibuat atau tidak boleh?.. Ini kerana Nabi tidak pernah kata apa yg dia tidak buat (dia sengaja tidak buat atau tidak perlu buat), umat Islam boleh buat atau jangan buat. Nabi hanya kata siapa yg mencipta dan mengamalkan  'perkara baharu' dlm Islam, ia ditolak. Banyak persoalan timbul dlm hal ini :

1. Perkara baharu itu adakah bermaksud "kewajipan asing" yg menambah atau memansuhkan pada 5 rukun Islam dan fundamental agama yg Nabi syariatkan? Ataupun termasuk juga menggabung jalinkan ibadat khusus (solat fardhu atau tarawih) dgn ibadah umum (zikir, solawat dll)?..

2. Maksud 'dlm urusan kami' (في امرنا هذا) itu adakah pada aspek akidah (ilahiyyah/nubuwwah/ghaibiyyah) yg sifatnya statik ataupun pada aspek syariah yg sifatnya statik pada form asas dan fleksibel pada teknikalnya?.

3. Jika dlm ibadat, adakah rekaan baharu itu ditegah kerana memasukkan unsur asing dlm form asas sedia ada (الزيادة على العبادة) atau termasuk juga kombinasi amalan umum di luar form asas tersebut (الزيادة في العبادة) yg dibuat bersama-sama?.

4. Apakah mekanisme penentuan perkara baharu itu sbgai bid'ah?.. Adakah semata-mata krn Nabi tidak buat atau dinilai berdasarkan prinsip-prinsip syariat yg lebih jelas?..

Berdasarkan kaedah hukum, bukan mudah utk sesiapa mengharamkan sesuatu perkara yg 'terbuka' melainkan dengan adanya nas khusus yg menyebutkannya haram secara qat'ie, jelas dan muhkam. Apa yg ada hanyalah hadis umum berbunyi من احدث في امرنا هذا ما ليس منه فهو رد dan كل محدثة بدعة وكل ضلالة في النار. Justeru utk finalise dlm keempat-keempat persoalan di atas tidak boleh dibuat dgn mudah seolah-olah siapa saja hafaz dua hadis ini layak menjadi pakar hukum... Nanti dulu saudara!

Mari kita teliti evolusi perkembangan Islam era awal (di Madinah). Dlm banyak keadaan, Nabi hanya mengajar dan menggagaskan pada zamannya kewajipan ibadat khusus dalam bentuk yg padat, ringkas dan memudahkan semua sahabat melaksanakannya. Sahabat seperti kita. Ada yg berniaga, berkerja, bertani, berperang, mengajar, mentadbir kerajaan. Ada yg menjadi ahli suffah di masjid nabawi. Pada zaman awal Islam, ibadat khusus tidak boleh diperbanyakkan krn byk lagi kewajipan perlu diutamakan sprt berjihad fisabilillah, menyampaikan dakwah kpd masyarakat Arab luar Madinah. Maka dgn itu, tuntutan ibadat khusus dgn ibadat umum dapat diselaraskan oleh semua sahabat dgn baik. Ahlu suffah menumpukan ibadat, zikir dan mengimarahkan masjid. Tentu ibadat umum seperti zikir menjadi rutin khusus mereka. Org lain beribadat dlm bentuk jihad, tadbir negara, urusan harta sedekah dan pekerjaan masing-masing. Abu Bakar, Umar, Uthman tidak seperti Ahlu suffah dari segi amalan zikir, iktikaf dll. Ahlu suffah tidak seperti Abdul Rahman auf, Abu Talhah yg dermawan.

Setiap amalan peribadi sahabat-sahabat itu amat baik dan ia direkodkan kpd generasi terkemudian. Tabiin turut meniru amalan baik sahabat disamping amalan anjuran Nabi SAW. Dlm hal inilah datangnya wirid-wirid slps solat yg diamalkan oleh ahli sufi yg dikembangkan dalam masyarakat terkemudian.

Kembali kpd menentukan status amalan yg Nabi 'tak pernah buat'(تروك النبي), para fuqaha berbeza pandangan atas sebab ijtihad kpd dua aliran :

Aliran 1> Turuk al-Nabiyy bukan kategori sunnah seperti اقوال، افعال dan تقريرات  yg mendatangkan hukum. Utk menghukumkan bid'ah, ia perlu dinilai berdasarkan neraca syariah dari segi illah, mafsadah, dan kesannya kepada imej Islam.

Aliran 2 > Turuk al-Nabiyy adalah sebahagian sunnah. Apa yg Baginda tidak buat dlm keadaan form ibadat khusus telah sedia ditetapkan, menjadi bukti ia adalah larangan "sunnah" kpd sebarang penambahan termasuk الزيادة على العبادة.

Soalan saya, anda faham bid'ah macamana?.. Anda ikut aliran mana??.. Tidak boleh dikatakan aliran tertentu itu berlandaskan sunnah sebenar dan aliran lain salah... Nabi tidak pernah kata apa-apa pada تروكnya dgn jelas. Aliran ulama anda yg mentafsirkan begitu begini... Jika aliran idola anda hebat, idola aliran kami juga hebat malah lebih ramai...

Solusinya... Anggaplah apa yg dihukumkan bid'ah ataupun tidak, sebagai hasil ijtihadiyyah... Masuk bab ijtihad, imam Syafie kata :

رأيي صواب يحتمل الخطأ و رأي غيري خطأ يحتمل الصواب

Al-Azhar al-Syarif Tidak Rosak, Tetapi Imejnya Tercalar Dengan Kepelikan Beberapa Ikonnya!

Imej al-Azhar banyak tercalar dengan beberapa tokoh ulamaknya yg memberikan pandangan pelik-pelik tentang senario Timur Tengah... Pandangan mereka inilah yg dipopularkan oleh media pro-Firaun. Walhal beratus lagi pandangan masyayikh yg menggalas kemuliaan al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan 'benar' dlm syarahan, kuliah dan halaqah mereka. Tetapi mereka ini, sering disekat aksesnya kpd RTM (Radio TV Mesir) dan Utusan Mesir.

Zaman saya dahulu era 1992, Sheikhul Azhar, Prof. Dr Ali Jad al-Haqq lantang mengkritik resolusi Muktamar Kependudukan yg cuba mencadangkan Tahdid al-Nasl (menghadkan kelahiran anak) di Mesir. Walaupun mesra kerajaan, tetapi Syekhul Azhar masih bertegas. Mufti waktu itu, Sheikh  Muhammad Tantawi, seorang prof tafsir menyatakan interest bank halal. Beliau kemudian dilantik sebagai Sheikul Azhar slps kematian Jaad al-Haqq. Fatwa beliau mendapat kritikan hampir semua professor dan guru-guru al-Azhar termasuk Prof Dr Jalaluddin Abdul Rahman, guru yg mengajar kami Usul Fiqh semasa Dirasaat Ulya.

Zaman itu tiada internet dan media sosial yg mempromosi keakraban al-Azhar dgn parti Mubarak. Orang-orang Azharlah yg mengisi kementerian wakaf. Syeikhul Azhar bukan lagi diundi oleh jemaah masyayikh tetapi lantikan Presiden Mesir. Waktu itu, suara rasmi yg pro pemerintah, akan diabaikan saja oleh orang-orang al-Azhar krn memang begitu perangai kerajaan..

Demikianlah al-Azhar sentiasa dipergunakan oleh pihak penguasa. Al-Azhar memang sentiasa menjadi sasaran utk tujuan yg besar. Oleh kerana besarnya signifikan al-Azhar trhadap dunia Islam, apa saja keburukan menimpa ummah, akan dituding kpd institusi agung ini... Sehingga dunia hampir terlupa, kenapa universiti Islam di negara Arab lain hatta di Jordan dan Arab Saudi dikecualikan atau terselamat. Walhal permaisuri raja Jordan adalah orang Palestin... Baitulmqadis dekat dgn Jordan dan separuh kawalannya di bawah Jordan. Sewaktu Arab Saudi bertindak jahat memboikot Qatar, di manakah suara rasmi universiti sunnah??.. Tidak bersuara sama sahaja seperti setuju.... Mana boleh protes dalam hati???... Itu bertentangan dgn sunnah yg sahih dan sorih...

Kesimpulannya, suara-suara sebenar universiti-universiti Islam tersohor sentiasa dizipped ketat-ketat. Akhirnya yg nampak hanyalah suara rasmi yg merosakkan imej universiti.... Itulah yg terjadi pada universiti kami, al-Azhar al-Syarif!!!... Ia sentiasa cuba dirosakkan....

Ia bukan tentang al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Al Bayt, Jamiah Urduniyyah dll tetapi kejelasan manhaj yg benar utk menundukkan kebatilan penguasa dan kegelencongan cara hidup masa kini... Tidak guna berbangga sebagai lulusan al-Azhar tetapi gagal membezakan antara kawan dengan lawan ...

وقديما كان يقول قائل :
لو لا الشريف الثلاث لهلك الإسلام
البيت الشريف
المصحف الشريف
الأزهر الشريف

Repost : Siapakah wahhabi?... Jangan Cepat Sangat Tuduh Orang Sebagai Wahhabi...

Soalan itu ditujukan kpd saya berkali oleh ramai rakan FB dan dunia nyata... Saya tangguh untuk menjawab kerana berfikir adakah disebabkan manhaj fiqh saya seakan-akan wahhabi atau mereka nk confirm saya duduk side mana.. Malah ada orang pejabat agama mensyaki elemen Wahhabi ada pada saya....

Wahhabi pada saya, nisbah kpd seseorang yg mengikuti manhaj (khususnya akidah) yg dipelopori Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab dari Najd, SA. Wahhabiyyah ialah fahaman yg berkaitan dengan gerakan beliau dalam akidah, fiqh dan politik. Cukup setakat itu... Maknanya org yg menjadikan beliau sebagai idola dan mengikuti manhajnya memang layak digelar Wahhabiyy...

Adapun tidak iltizam dgn semua fatwa dan aqwal Syafi'iyyah dalam kitab-kitab muktabar, bukanlah menjadi WAHHABI... krn dalam beberapa perkara saya melihat kekuatan fatwa Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah. Memang saya buat pun secara peribadi...

Manakala berkaitan dgn ayat-ayat sifat dan tauhid tiga, saya selesa mengikut aliran Asy'ariyyah dalam mentakwil makna-makna sifat agar tidak membawa kpd tasybih... Namun begitu, pendekatan tafwidh (tidak takwil) lebih asli krn ia juga sebahagian manhaj Asy'ariyyah. Utk umat Islam yg kukuh iman, manhaj tafwidh adalah yg terbaik... utk org yg baru memeluk Islam terutama agama syirik, pendekatan takwil terbaik... Seterusnya sifat 20 atau tauhid 3 merupakan metodologi khusus yang terbaik dalam konteks masing-masing utk memahamkan manusia tentang tauhid.... Malah kalau ada pendekatan moden yg lebih berorentasikan saintifik dapat memantapkan akidah, juga diterima sebagai ilmu tauhid ahlussunnah selagi berpaksikan al-Quran dan sunnah.... dan ketiga-tiga pendekatan itu saya GUNA dan menggalakkan sesiapa sahaja gunakannya mengikut kesesuaian mad'uww.

Nasihat saya kpd rakan-rakan ASWAJA dan aliran tradisional, janganlah cepat melabelkan sesiapa saja yg berbeza dgn pendekatan anda itu Wahhabi... Saya tidak nafikan memang wujud keperluan agar semua fatwa perlu selari dgn mazhab Syafie berdasarkan enakmen undang-undang pentadbiran Islam negeri, yg mana semua pihak daripada pelbagai aliran perlu hormati. Akan tetapi berikanlah sedikit ruang utk ilmuan setempat menghirup kesegaran fiqh yg sentiasa dinamik dlm ruang ijtihad fardiyy yg tidak mengganggu kemaslahatan awam.

Saya iltizam dgn mazhab Syafie dalam kebanyakan bab ibadat, baca qunut dalam solat subuh, berwirid perlahan dan berdoa lpas solat, cuma dek kerana tidak iltizan' dgn upacara Tahlil, qasidah, upah baca Quran utk si mati dll, takan saya dianggap WAHHABI... Siapa nk tahlil silakan.... Ini kerana saya mempunyai alternatif lain! Sebagai contoh, saya berusaha utk khatamkan sendiri bacaan al-Quran dan mendoakan pahalanya kpd ibu saya...

Sebab itu saya sering ulang2 dalam kuliah bahawa saya MUQALLID GHAIR MULTAZIM dgn mazhab Syafiie.. iaitu pengikut yg tidak terikat sepenuhnya (seperti bab-bab lain selain ibadat) ... dan pendekatan ini diiktiraf dalam semua mazhab fekah... org yg sebegini bukanlah Wahhabiy...

Khulasah : Kaedah asal berbeza saja dari status quo mesti Wahhabi, perlu diperbetulkan... Penat dah dgn isu Wahhabi ni.... dan saya TIDAK PERNAH BERMINAT UTK JADI WAHHABI ok...

Posting asal bertarikh 25 Sept 2016, dgn sedikit pindaan!

Saturday, 8 July 2017

Isu wahhabi

Sesungguhnya Orang Beriman Itu Bersaudara!

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Pertamanya saya mengajak seluruh pembaca beristighfar serta selawat dan jangan memberi komentar jika anda tidak ada kena mengena dengan penulisan ini.Hanya sahaja penulisan ini terpaksa ditulis secara umum,kerana ada maslahatnya.

Keduanya,mari sama-sama kita renungi firman Allah ini;

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

-Surah Al-Hujurat,10

Tulisan ini bertujuan untuk menjernihkan suasana dan ketegangan yang tercetus antara guru saya yang mulia, Al Fadhil Habib Syed Agil Aali Yahya dan guru saya yang mulia, Al Fadhil Ustaz Syed Shahridzan حفظهما الله و رعاهما , zuriyyat Sidna Rasulillah صلى الله عليه و على والديه و آله وصحبه وسلم dari keluarga besar Saadah Ba'Alwi  yang mulia  lagi terpuji.

1)Isu ini timbul ketika desas-desus penyertaan  Syed Shahridzan sebagai pembentang  dalam sebuah seminar yang akan  dianjurkan oleh salah sebuah pertubuhan yang diketahui sebagai pertubuhan yang berkait dengan gerakan SalafiWahabi di Malaysia.

2)Justeru  saya merasa terpanggil membuat penjelasan tentang manhaj Ustaz Syed Shahridzan bagi mengelakkan beliau tertuduh sebagai SalafiWahabi,memandangkan poster program berkenaan sudah tular di media sosial.

3)Namun dikeranakan salah informasi  dari pihak tertentu, Habib Syed Agil telah tersilap  sangka bahawa Ustaz Syed Shahridzan  adalah  SalafiWahabi.

4)Pada awal saya membaca komentar berkenaan,saya telah  menghantar mesej peribadi melalui WhatsApp kepada Habib Syed Agil agar memberi pencerahan  kepada saya tentang kenyataan beliau, namun mungkin kerana  masalah komunikasi, mesej  saya tidak berbalas.

5)Maka bermulalah siri berbalas-balas komentar,yang mana sehingga  kini masih berpanjangan.

6)Habib Syed Agil telah memberikan komentar yang menunjukkan beliau sebenarnya belum sempat berkenalan dengan Ustaz Syed  Shahridzan,yang menbawa kepada rasa tidak senang dari kalangan mereka  yang kenal dengan  Ustaz Syed Shahridzan.

7)Untuk pengetahuan Habib Syed Agil,Ustadz Syed Shahridzan sebenarnya seorang graduan Al Azhar ,seperti Habib.Beliau juga telah  mendapatkan pandangan para asatidzah lain seperti Ustaz Engku Ahmad Fadzil, Ustaz Yunan A Samad,Ustaz Mohd Al-Amin Daud حفظهم الله ورعاهم dan berberapa orang yang lain dalam berberapa group WhatsApp antaranya group بحوث المسائل.
Dan tidak sedikit yang mengenali Ustaz Syed Shahridzan  dari  kalangan asatidzah ASWJ termasuklah Al  Fadhil Ustaz Dr Zamihan حفظه الله yang telah menemuduga Ustaz Syed Shahridzan.

8)Bertitik tolak dari kenyataan Habib, sebahagian sahabat  dan kenalan juga telah tersilap serta bertindak kasar  membalas  kerana mungkin mereka juga tidak mengenali siapa Habib Syed Agil.Untuk pengetahuan  sahabat-sahabat, Habib Syed Agil adalah seorang  graduan Al Azhar, serta diasuh oleh bapa beliau,Almarhum Habib Syed Abdul Rahman Ben Yahya رحمه الله رحمة واسعة,bekas Qadhi Besar Kerajaan  Negeri  Pahang.

9)Dan saya tertarik apabila Habib  ada memberi   komentar dengan menyatakan tidak adil  bagi Habib  kerana dikritik secara 'cakap belakang'  di sebuah status milik kenalan FB saya,sedangkan Habib  tidak boleh memberi komen  bagi menyatakan hujjah habib.

Maka kami juga berharap Habib  juga tidak berbuat perkara  yang sama,seeloknya  bawalah berbincang dulu.

10)Ringkasannya, saya mewakili teman-teman yang tersilap  dalam memperkatakan   tentang diri Habib,memohon maaf atas keterlanjuran kami.
Dan besar  juga harapan  kami agar Habib dapat menarik balik dahulu kenyataan Habib terhadap Ust Syed sehinggalah kedua-dua   pihak dapat duduk semeja bertemu  empat mata dan berbincang  tentang apa-apa isu berkenaan atau   yang dirasakan ada kekeliruan.

Saya juga dengan rendah hati memohon maaf kepada guru saya  Al Fadhil Ustaz Uwais AlQarni Abdul Wahab حفظه الله ورعاه kerana telah melanggar nasihat ustaz,namun tidaklah ada  niat lain melainkan supaya isu ini segera selesai  agar tidak menjadi fitnah  yang lebih besar  serta 'bola tanggung' untuk golongan SalafiWahabi terhadap ASWJ.

{رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ}

الفقير إلى رحمة الله القدير،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy
غفر الله له ولوالديه

-SAYA DAN SEMINAR QAUL MUKTAMAD MAZHAB SYAFI’IE-

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Setelah tersiarnya status al-Fadhil al-Ustaz Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin –hafizahullah- tentang penarikan diri beliau dari seminar tersebut. Tidak lama selepas itu, saya dihujani dengan mesej di media sosial samaada melalui FB dan Whatsapp yang bertanyakan tentang penglibatan saya dalam seminar tersebut samaada masih diteruskan atau tidak?
.

Sehingga ke hari ini, hujanan mesej tetap datang sehingga saya mengambil keputusan untuk menyiarkan kenyataan rasmi penglibatan saya, agar dapat menjawab segala tanda tanya terjawab dan saya tidak lagi disapa oleh mesej-mesej pertanyaan tentang isu yang dimaksudkan.
.

Untuk makluman rakan-rakan semua, saya menerima tawaran dari pihak penganjur  sebagai pembentang qaul muktamad mazhab Syafi’ie dalam Fiqh Ibadat. Saya mengambil keputusan untuk menerima pelawaan ini kerana saya fikirkan peluang untuk saya jelaskan isu-isu fiqh ibadat menurut mazhab Syafi’ie kepada skop hadirin yang lebih besar dan luas tentang proses sebenar pembentukan qaul muktamad di dalam mazhab. Akibat tidak memahami hakikat qaul muktamad di dalam mazhab Syafi’ie maka timbul salah faham sehingga ramai yang berkata secara sindiran, “Kata mazhab Syafi’ie tapi kitab al-Umm pun tak baca, tak khatam dan tak diajar”.
.

Di samping itu, fiqh ibadah terdapat isu-isu yang sering dimanipulasikan oleh pihak tertentu, maka saya rasa perlu berdiri sebagai pembentang untuk menjelaskan dan membetulkan salah faham terhadap sesuatu isu berdasarkan usul atau manhaj mazhab Syafi’ie yang sebenar yang mana yang didasari oleh ulama-ulama syafi'iyyah. Akibat tidak faham manhaj mazhab ini, ramai yang menyangka secara bias, “Pendapat Imam Syafi’ie lemah, tiada dalil dan bertentangan dengan hadith yang sahih”.
.

Inilah secara ringkas tujuan saya menerima undangan ini, hanya sekadar untuk menyampaikan maklumat yang tepat, tidak lebih dari itu, bukan untuk mencari populariti, juga bukan untuk mengajak masyarakat agar bermudah-mudah dalam urusan talfiq mazhab yang mana ia bukanlah prinsip saya dalam beramal berdasarkan hukum hakam feqh.
.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, sebenarnya saya sudah lama mengambil keputusan menarik diri dari menyertai seminar ini. Penarikan diri saya telah saya maklumkan kepada pihak penganjur SEHARI SELEPAS poster seminar tersebut tersebar di ruangan media-media sosial yang mana poster tersebut telah tersebar bermula malam 5hb Julai dan saya memaklumkan penarikan tersebut pada 6hb Julai petang.
.

Semenjak tularan poster tersebut maka timbul pelbagai spekulasi dan tidak ketinggalan juga fitnah-fitnah yang mana sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya dan Tirmidhi Centre. Setelah berfikir panjang dan demi menjaga kemaslahatan kerja dakwah saya untuk jangkamasa panjang dan Tirmidhi Centre, saya mengambil keputusan untuk menarik diri demi kebaikan kami bersama. Tambahan pula tidak lama lagi saya akan ke tanahsuci untuk mengerjakan ibadah haji, jadi saya inginkan ketenangan sepanjang di tanah haram dan tidak mahu terganggu dengan sebarang spekulasi dan tuduhan yang tidak enak didengar.
.

Akhir sekali , saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk membuat sedikit perkongsian ilmu dan pohonan maaf atas penarikan diri ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat saya Tirmidhi Centre atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, begitu juga pada asatizah yang menyokong niat murni saya ini, doa dan nasihat yang diberikan. Sesungguhnya itu semua amat-amat membantu saya dalam situasi ini. Semoga kenyataan yang keluarkan dapat menjawab segala tanda tanya dan spekulasi.

وفقنا الله وإياكم لما يحبه ويرضاه
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Monday, 12 June 2017

Fatwa bidaah ziarah kubut

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Ditulis oleh NadzirahDiterbitkan: 16 Julai 2015

 

 

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.

 

Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim

 

Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim

 

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."

Riwayat Ibn Majah

 

Di sini dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

 

Berkenaan dengan wanita pula, memang terdapat larangan menziarahi kubur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kubur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata “Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”   

 

Seterusnya, menziarahi kubur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

 

Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

Suruhan menziarahi kubur bersifat umumMenziarahi kubur dilakukan oleh ramaisalafus solehTidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

 

Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kubur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.

 

Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.

 

Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

 

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

 

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

 

Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Sunday, 4 June 2017

Nama2 kitab mengenal sahabat

أسد الغابة في معرفة الصحابة/ لعزالدين ابن الأثير/ تحقيق: محمد البنا وزملائه/ مطبعة دار الشعب.

الاستيعاب في معرفة الأصحاب / لابن عبدالبر النمري (ت463هـ)/ في حاشية »الإصابة« لابن حجر العسقلاني/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الإصابة في تمييز الصحابة / لأحمد بن علي بن حجر العسقلاني (ت852هـ)/ في حاشيته "الاستيعاب" لابن عبدالبر النمري/ مطبعة السعادة/ مصر/ الطبعة الأولى 1328هـ.

الج

Tentang karkun

Karkun Tempatan: Jangan Jadi Asbab Fitnah!

Sedikit kekecohan berlaku di surau alfagir pagi ini,menyebabkan merasa terpanggil untuk menulis sedkit catatan nasihat ini,meskipun tidaklah layak diri ini untuk menasihati tuan tuan yang mulia yang telah banyak mengorbankan diri,masa,tenaga dan wang ringgit ke jalan Allah berbanding diri yang menulis ini.

Kekecohan tercetus apabila salah seorang karkun senior(jemaah luar) bertindak 'sound direct' kepada Imam sewaktu dzikir(wirid selepas solat),sebagai memprotes Imam kerana tidak ada sesi bayan pagi tadi,walhal Imam tidak tahu adanya bayan pagi kerana tidak ada karkun tempatan yang memaklumkan kepada imam.Dan kami pula di surau,jarang sekali tidak memberikan laluan kepada jamaah yabg keluar di tempat kami.Cuma kerana tidak ada makluman awal,maka Imam meneruskan rutin mengajak jemaah membaca Al-Ma'thurat.

Inilah yang alfagir hendak sentuh sedikit.Tentang bagaimana usaha dakwah yang baik terpalit fitnah kerana sikap sesetengah karkun tempatan yang tidak 'mesra alam' dengan qaryah Surau/Masjid di mohalla masing-masing.

Betapa tidak,waktu bayan samada bayan ghast atau bayan umum apabila ada jemaah yang bertandang,jemaah diminta tunggu dan dengar tapi ketika ada majlis ilmu atau pengajian yang diatur oleh pihak surau dan masjid,sangat sukar melihat kelibat sang karkun tempatan ( alfagir tidak kata semua berperangai begitu,segelintir sahaja,dan ini memang berlaku di tempat alfagir).

Justeru,sang karkun tempatan telah menjadikan dirinya seolah terpisah dari jemaah qaryah.Maka di sana persepsi buruk sudah mula terbentuk.

Apabila persepsi sudah terbentuk,secara tidak langsung,hubungan renggang antara jemaah qaryah dan karkun tempatan akan memberi kesan kepada jemaah luar yang datang ke tempatnya.

Ditambah parah lagi,karkun tempatan selaku istiqbal(penyambut tetamu) tidak berfungsi sebagai perantara antara AJK surau/masjid dengan jemaah,hingga natijahnya,pihak AJK tidak dimaklumkan tentang kehadiran jemaah,apa lagi hendak memberikan ruang pada jemaah untuk menyampaikan bayan.

Walhasil,AJK dan qaryah tempatan akan menjadi 'allergik' dengan 'Orang Tabligh' dan kehadiran jemaah akan dihadang.

Maka,ubahkanlah sikap.Sepatutnya dengan usaha dakwah yang kita jalani,mematangkan diri kita dalam bermasyarakat.Bukan sebaliknya.
Dan terkadang halangan,tohmahan atas jemaah bukanlah semata-mata kerana masyarakat tidak suka kepada kebaikan dalam dakwah,tapi kerana perbuatan dan sikap kita.

Renung-renungkan dan perbaikilah.Moga Allah terima usaha kita.

Akhukum fillah,
Hamba Allah yang hina dina di bawah telapak kaki penuntut ilmu,
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

Thursday, 11 May 2017

Sayyidah Khadijah At Tohirah Al Kubra

وفي الصحيحين من حديث عائشة- رضي الله عنهما - قالت: اسْتَأْذَنَتْ هَالَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ أُخْتُ خَدِيجَةَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَعَرَفَ اسْتِئْذَانَ خَدِيجَةَ فَارْتَاعَ، فَقَالَ: "اللَّهُمَّ هَالَةَ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ"، فَغِرْتُ فَقُلْتُ: مَا تَذْكُرُ مِنْ عَجُوزٍ مِنْ عَجَائِزِ قُرَيْشٍ حَمْرَاءَ الشِّدْقَيْنِ[10]، هَلَكَتْ فِي الدَّهْرِ، فأَبْدَلَكَ اللَّهُ خَيْرًا مِنْهَا[11]. وفي رواية: "مَا أَبدَلَنِي اللهُ خَيراً مِنهَا، قَد آمَنَت بِي إِذ كَفَرَ بِي النَّاسُ، وَصَدَّقَتنِي إِذ كَذَّبَنِي النَّاسُ، وَوَاسَتنِي بِمَالِهَا إِذ حَرَمَنِي النَّاسُ، وَرَزَقَنِي اللهُ وَلَدَهَا إِذ حَرَمَنِي أَولَادُ النِّسَاءِ"[12].

Hadis Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya? :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118]

روى البخاري ومسلم في صحيحيهما من حديث أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: أَتَى جِبرِيلُ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ: "يَا رَسُول الله: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ، مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنْ رَبِّهَا، وَمِنِّي، وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ"[2]. والقصب: لؤلؤ مجوف واسع كالقصر المنيف، والصخب: اختلاط الأصوات، والنصب: التعب.

وكانت- رضي الله عنهما - من أفضل نساء الأمة، روى البخاري ومسلم في صحيحيهما من حديث عبدالله بن جعفر- رضي الله عنه - قال: سمعت علياً بالكوفة وهو يقول: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: " خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ" صحيح مسلم

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah rha. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah rha. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah rha. mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."
( HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118)

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah ra., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." (Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539)

Rasulullah SAW bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118]

Dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.” (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari)